Saturday, May 10, 2008

NASIB PAKATAN RAKYAT

NASIB PAKATAN RAKYAT

Usia Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang sudah melewati tempoh 60 hari. Nampaknya mereka masih tidak belajar dari apa yang dilakukan oleh Kerajaan Kelantan pada tahun 1990 dan Kerajaan Terengganu penggal 1999-2004. Kerajaan PR khansya di tiga buah negeri iaitu Selangor, Perak dan Pulau Pinang nampaknya memilih jalan dan stail Terengggnu . Jalan yang membuktikan bahawa mereka hanya mampu menang untuk satu penggal sahaja.

Di Kelantan , sebaik sahaja Pas menang pada tahun 1990 mereka tidak sibuk dengan urusan JKKK, urusan tukar kakitangan, urusan radio Kelantan dan tidak sibuk dengan urusan mendapat gelaran Dato. MB Kelantan sekarang mendapat Dato hanya selepas 3 tahun menjadi MB. Malulah Nizar awal-awal lagi menerima gelaran Dato daripada Istana Perak. Nizar nampakanya mencontohi Hadi yang menerima Dato pada awal pemerintahan.

Pas Kelantan tidak sibuk dan tidak ralat walaupun BN menubuhkan JPP. Bahkan secara sinis MB Kelantan mengulas apabila ditubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan , tentunya Kelantan akan maju seperti negeri-negeri lain. Jangan salahkan Pas jika Kelantan tidak maju sebab Kelantan dah ada JPP.

Pas Kelantan tidak sibuk dengan urusan pelantikan JKKK dan dia membiarkan sahaja penghulu UMNO berperanan dengan nama penyelia pembangunan mukim. Mereka di bayar gaji melalui JPP. Pas hanya melantik penghulu sebagai perantara orang ramai dengan Ketua Jajahan. Pas tidak lantik JKKK kerana Ahli Jawatankuas Cawangan Pas yang tidak payah dibayar eluan mesyuarat sudah menjalankan khidmat secara sukarela untuk menjaga keselamatan dan kemajuan kampung masing-masing.

Oleh sebab itu isu JKKK tidak timbul di Kelantan sehingga kini. Kita tidak tahu untuk apa negeri Perak sibuk dengan JKKK? Biarkan BN bayar gaji kepada Penghulu dan JKKK asalkan mereka undi Pas seperti yang berlaku di Kelantan. Nampaknya PR Perak tidak mengambil iktibar dengan Terengganu yang menubuhkan Jawatankuasa Syura Rakyat JSR yang akhirnya menjadi saham menjahananmkan kerajaan Pas Terengganu pada tahun 2004. Ini berlaku apabila orang yang berkepentingan dan tiada ada ilmu menjadi JSR dan berlagak lebih daripada DO.

Keadaan ini membuatkan rakyat marah kepada JSR dan padanya Pas hilang sebuah negeri.

Pas Kelantan tidak sibuk dengan isu sabotaj pegawai kerajaaan. Semua orang tahu SUK Kelantan sebelum ini ada yang terang-terang tidak senang dengan MB dan MB tidak senang dengan SUK tetapi urusan kerajaan berjalan seperti biasa. Ada SUK Kelantan terdahulu pernah mengistiharkan “semua orang Pas adalah musuh aku belaka” namum kerajan Pas Kelantan masih kekal sehingga hari ini. Ini berbeza dengan Terengganu. Kerajaan Pas Terengganu memilih SUK yang kononnya telah anaiaya oleh Kerajaan BN kerana kes potong trip. Terbukti SUK yang dipilih oleh Pas akhirnya bersikap makan tuan.

Pas Kelantan pernah menghadapi serangan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dari pentas UMNO menjelang pilihanraya umum 2005. Tidak ada tindakan tatatertib yang dibuat dan pengarah tersebut apabila bersara tidak lagi diingati oleh orang. Justeru itu kita hairan kenapa MB Perak sibuk sangat dengan Pengarahj JAIP. Gunalah pendekatan berhikmah seperti yang dibuat oleh Nik Azizi.

Yang menentukan jatuh bangun kerajaan bukan kakitangan kerajaan tetapi undi rakyat. Pegawai Kerajaan Kelantan pornah sabotaj Kerajaan Pas sehingga bertindak memulaukan sidang Dewan Undangan Negeri. Mereka keluar beramai-ramai sewaktu sidang DUN berlangsung.

Pas Kelantan tak kalah dengan tindakan tersebut. Kejadiaan tersebut sangat tidak beretika tetapi Nik Aziz tidak melatah. Nik Aziz jaga rakyat dan minta wakil rakyat jaga rakyat. Nik Aziz minta Ketua Kawasan dan ketua Cawangan jaga rakyat. Tidak perlu sibuk-sibuk dengan kakitangan kerajaan yang nak sabotaj.

Akhirnya terbukti rakyat setia dengan Nik Aziz dan ramai pegawai kerajaan sekarang berduyun-duyun menghadiri kuliah Nik Aziz. Ada juga bekas SUK yang pimpin Cawangan Pas selepas bersara.

Pas Kelantan tidak sibuk dengan maslah radio Kelantan. Pas Kelantan guna media alternatif iaitu markaz Pas dan ceramah Pas untuk menjelaskan isu kepada rakyat. Pas Kelantan tidak halau radio Kelantan seperti PR Selangor minta Radio Selangor keluar dari bangunan Sultan Salahuddin.

Pas Kelantan tidak sibuk dengan retorik seperti Pas Terengganu dahulu yang bising dengan isu kharaj – cukai untuk orang bukan Islam. Akhirnya Pas Terengganu ghuyup kerajaan dan Pas Kelantan masih bertahan .

Pas Kelantan tidal sibuk dengan urusan Masjid dan Majlis Agama seperti Pas Pulau Pinang. Biarkan orang UMNO pegang Majlis Agma Islam dan AJK Masjid asalkan imam dan makmum semua sokong Pas. Masjid di kelantan secara keseluruhannya bukan gelanggang politik seperti di Terengganu sehingga timbul isu sembahyang jumaat dua tempat di satu mukim.

Di Kelantan Pas tidak sibuk jika ada imam UMNO kerana ahli UMNO bukan membatalkan syarat jadi imam. Yang tidak faham konsep politik Islam, kerajaan Pas bagi faham, bagi kursus, buat kunjungan, ziarah, dialog sehingga dan sehingga ke Wat Budha pun kerajaan Pas kelantan pergi.

Malangnya setelah lebih dua bulan rombongan MB Perak,MB Selangor atau wakil kerajaan Pulau Pinang atau EXCO masih belum melakukan kunjungan hormat ke pejabat MB Kelantan. Mintalah nasihat sepatah dua. Begitu jugalah dengan Terengganu dahulu , enggan belajar daripada kerajaan Pas Kelantan , akhirny Pas ghuyup dipemikiran orang Terengganu yang serik dengan sifat angkuh pemimpin Pas di semua peringkat pada masa itu.

Mereka bukan tidak berterima kaish dapat geran tanah tetapi mereka benci dengan ego pemimpin Pas. Kerajaan Pas Kelantan tidak ego dan sedar kuasa datang dari rakyat maka orang parti mesti hormat kepada rakyat bukan rakyat hormat kepada orang parti.

WAK HAMAD

1 comment:

KDaily said...

Tahniah satu idea bernas