Saturday, May 10, 2008

NIZAR ATAU KARPAL DERHAKA

ara Karpal Singh Tegur Sultan Tidak Betul Dan Dianggap Derhaka,
Kata Nik Aziz

KUALA KRAI, 9 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh
mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung pertukaran
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) Datuk Jamry Sury
secara terbuka adalah tidak betul dan boleh dianggap derhaka.
Nik Aziz berkata tindakan menegur secara terbuka kepada umum
dianggap tidak bermoral dan tidak patut dilakukan terhadap
seseorang sultan.
"Daripada segi undang-undangnya saya tidak tahu, daripada segi
moral, moralnya (perbuatan Karpal itu) tidak betul," katanya.
Mursyidul Am PAS itu berkata pemimpin parti politik, terutamanya
Pengerusi DAP itu, mestilah menghormati institusi raja dan
menganggap Sultan seperti ibu bapa ketika di rumah.
Katanya perbuatan tidak menghormati orang tua boleh dianggap
derhaka dan ini bertentangan dengan semangat Malaysia dan
budaya Melayu yang sentiasa menghormati orang lain.
"Dalam negeri raja ketuanya dan di rumah ibu bapa, dan raja seperti
ibu bapalah di rumah. Apa-apa masalahnya, kalau dia ada masalah
berundinglah dengan baik," katanya kepada Bernama ketika ditemui
selepas merasmikan Projek Mini Hidro Lata Rek, 40 kilometer dari
sini.
Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas isu Pengerusi DAP
Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung
pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak oleh kerajaan
negeri baru-baru ini.
-- BERNAMA

No comments: