Thursday, May 15, 2008

PR PATUT MALU DGN ISTANA PERAK

Usul Pertahankan Kedaulatan Institusi Raja Dilulus Pada Persidangan Majlis Agama Islam Perak
-->
IPOH, 15 Mei (Bernama) -- Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) ke-161 di sini hari ini mengulangi ikrar penuh setia kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah selaku Sultan dan Raja Pemerintah yang sekaligus berperanan sebagai Ketua Agama Islam di negeri itu. Persidangan menetapkan pendirian untuk mempertahankan kedaulatan institusi Raja dan akan mengambil tanggungjawab mempertahankan kemuliaan Baginda Sultan dari sebarang bentuk yang merendah, mencemuh, mempertikai dan menghina institusi Raja oleh mana-mana pihak sekalipun, yang dilakukan sama ada secara perbuatan mahu pun pengucapan. Ia turut melahirkan rasa syukur kerana isu berkaitan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) Datuk Jamry Sury telah dapat ditangani secara arif lagi bijaksana dengan penuh sopan dan ketertiban, demikian menurut satu kenyataan berhubung persidangan itu yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.Berhubung isu itu, MAIAMP merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana kesediaan beliau menerima titah nasihat Sultan Perak secara positif dan menghormati adat serta mengutus warkah memohon maaf kepada baginda kerana kealpaan yang telah berlaku. Persidangan hari ini juga meluluskan usul menyokong pendirian Menteri Besar Perak yang tidak membenarkan dan tidak terpengaruh dengan suara mana-mana pihak luar yang tidak bersangkutan dengan urusan pentadbiran di negeri Perak. "Majlis yang bersidang turut merakamkan hasrat untuk melihat berlangsungnya hubungan kerja yang baik lagi harmoni antara Istana dan Kerajaan Negeri berlandaskan adat dan tradisi bangsa turun temurun, dalam semangat negeri beraja - rakyat bersultan; semoga akan terjalin hubungan kerja yang saling berunding dan bermuafakat demi kesejahteraan negeri dan rakyat terutamanya di kalangan rakyat yang beragama Islam dan berketurunan Melayu," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan oleh Pejabat Raja Muda Perak.Majlis yang bersidang mendokong teguh pendirian Raja Nazrin selaku Yang Dipertua MAIAMP untuk memastikan bahawa institusi agama Islam di Perak dilindungi kesucian daripada dicemari oleh sebarang bentuk kegiatan berunsur politik kepartian yang boleh memecah-belahkan ummah. -- BERNAMA

PEMIMPIN PR KHASNYA DRP PAS PATUT BELAJAR BANYAK LAGI CARA-CARA BERAKHLAK. PATUT MALU DGN ISTITUSI DIRAJA PERAK.

No comments: