Wednesday, May 28, 2008

selangor dan islam hadhari

KECELARUAN ISLAM HADHARI YANG BUKAN SAHAJA
TIDAK DIPAHAMI OLEH ORANG AWAM
TETAPI ULAMA UMNO SENDIRI TERMASUK SHIKH MUFTI.

PERGI JAHANAMLAH DENGAN IDEA BARU KONON
AKHIRNYA ISLAM JUGA DAPAT NAMA BURUK.

CELAKALAH MUFTI YANG JAHAT
HIDUP MUFTI YANG BERANI SPT MUFTI
PERLIS AKHIR-AKHIR INI.

EZAM MASUK UMNO

TAHNIAH EZAM

DARIPADA HIDUP BERCERMINKAN BANGKAI
LEBIH BAIK BERGELUMANG DENGA ULAT TAHI UMNO.

KALAU AHLI PAS YANG DITRABIAH PUN BOLEH LARI
INIKAN BEKAS AHLI PKR YANG ENTAH DI MANA
TARBIAHNYA...

SELAMAT JALAN EZAM....
TUHAN JUALAH YANG MEMBERIKAN
PENGHAKIMAN YANG HAKIKI

TAKZIAH MALAYSIA


KU RATAPI KEHILANGAN PULAU BATU PUTIH
LAMBANG KEALPAAN MANUSIA PADA SEJARAH
PADA ERTI KEMERDEKAAN
TIAPA APA YAN PERLU DITANGISI LAGI
MELAYU SUDAH LUPA ASAL USULNYA.Batu Puteh jadi putih mata - Mahfuz
Abdul Halim Mohd Rashid
Mon | May 26, 08 | 4:41:09 pm MYT
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar menyifatkan Pulau Batu Puteh kini sudah menjadi "pulau putih mata".

Ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Pokok Sena itu menolak dakwaan Menteri Luar Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim kononnya keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai pulau itu sebagai situasi win-win.

"Mana ada win-win?! Kononnya nelayan boleh pergi ke sana. Apa jaminan keselamatan nelayan-nelayan kita? Apa tindakan bila pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas nelayan kita?" beliau mempersoalkan sambil menegaskan isu perairan bukan isu nelayan tetapi isu wilayah negara ini.

Mahfuz juga menolak pandangan Menteri Luar kononnya Singapura tidak boleh menambak pasir sesuka hati dengan keputusan ICJ itu.

"Apa jaminan Singapura tak tambak?" soal beliau sambil mengingatkan bahawa Singapura tetap meneruskan kerja-kerja menambak pasir sesuka hatinya walaupun dibantah.

Dewan Rakyat sendiri pernah membincangkan usul untuk membantah tindakan Singapura itu sejak dari tahun 1999 lagi, katanya.

Walaupun beliau tidak mahu menyalahkan Umno atas apa yang berlaku itu, tetapi beliau tetap menyifatkan kehilangan Pulau Batu Puteh berpunca dari kelemahan kerajaan.

"Kelemahan kerajaan adalah kelemahan Umno," kata beliau sambil menekankan bahawa kerajaan diterajui oleh Umno.

"Tak ada persediaan yang baik, akhirnya kita malu," katanya lagi.

Mahfuz menuntut kerajaaan bertindak ke atas Peguam Negara "yang gagal menjadi penasihat yang baik kepada kerajaan".

Monday, May 19, 2008

Selamat Jalan Che Det


Kenyataan 'pedas' Mahathir sejak pilihan raya umum ke-12
19-05-2008 04:29:01 PM
22 Mac: Ahli-ahli parti tidak boleh percaya kepada satu individu sahaja dengan memberikan kuasa yang begitu besar sehinggakan seorang ahli yang menegur Presiden akan didakwa tidak menghormati ketua.

22 Mac: Mencadangkan supaya majlis penasihat presiden itu dianggotai profesional dan ahli UMNO berwibawa tetapi bukan yang dilantik oleh UMNO bahagian supaya dapat berfungsi secara bebas.

28 Mac: Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno sewajarnya dipertandingkan jika ada ahli parti yang mahukan perubahan."Ya, kalau ada perasaan ahli-ahli supaya ada perubahan. Kehendak ahli mesti dilayan.Kita tak boleh ketepikan kehendak ahli-ahli dan tidak memberi peluang kepada mereka dengan tidak mengadakan pemilihan dan sebagainya. Itu salah."

30 Mac: "Pada masa dulu, sistem kuota itu bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pemimpin parti yang benar-benar ingin bertanding dan untuk mendapat pencalonan dari 60 bahagian bagi bertanding jawatan presiden adalah mudah.

"Tahun 2004 menyaksikan ia disalahgunakan di mana bekas Naib Presiden Umno yang juga bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yang ingin bertanding untuk jawatan presiden Umno hanya mendapat satu pencalonan sahaja itupun dari bahagiannya sendiri."

30 Mac: "Tidak ada kebebasan di dalam UMNO sekarang dan sebab itu sistem kuota perlu dimansuhkan kerana mereka berpendapat melawan Presiden merupakan satu penghinaan.

"Semasa saya menjadi Presiden UMNO, Tengku Razaleigh mendapat pencalonan daripada 60 Bahagian UMNO dengan mudah dan mereka bebas untuk berkempen di seluruh negara untuk menghentam saya."

01 April: Sudah berubah fikiran dan tidak lagi berpendapat Datuk Seri Najib Razak adalah calon paling layak mengambil alih jawatan Perdana Menteri akan datang.

01 April: Umno perlu dipulihkan bagi mengembalikan keyakinan rakyat, terutama orang Melayu terhadap perjuangannya dan Abdullah, katanya, perlu faham mesej daripada rakyat yang mahukan beliau mengundur diri.

06 April: "Saya tidak ada niat hendak menjadi Presiden Umno, sekali lagi atau Perdana Menteri untuk kali kedua, tetapi sebagai anggota Umno dan sebagai rakyat Malaysia saya berhak bersuara."

06 April: "Saya akan berhenti, Saya akan berhenti (daripada bercakap). Secara jujur saya akan berhenti jika mereka akan berhenti melakukan apa yang salah yang telah menyebabkan Umno mempamerkan prestasi buruk pada pilihan raya umum baru-baru ini."

7 Mei: Meminta BN mengambil serius tentang kemungkinan pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan dalam masa terdekat. "Saya fikir ini ada kemungkinan (pertukaran kerajaan) yang tidak boleh kita abaikan."

15 Mei: Sudah bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan mengenai isu-isu semasa. "Najib sudah jumpa saya ... dia (Abdullah) tidak halang. Selepas saya tegur kata Abdullah tak bagi, dia pula kata tidak menghalang, lepas itu, baru saya jumpa dengan Najib."

17 Mei: Sedia disiasat dan didakwa di mahkamah berikutan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video Datuk V. K. Lingam. "Saya nak cerita berkenaan hakim yang melobi saya dan kalau melobi ini adalah satu perkara yang salah, maka hakim ini juga patut disiasat.”

17 Mei: Mengibaratkan UMNO sebagai magnet yang mampu menarik parti-parti komponen lain untuk memperkukuhkan BN."Berdasarkan pengamatan saya, UMNO yang lemah tidak mungkin dapat menubuh serta memimpin sebuah kerajaan yang berwibawa. Ini kerana UMNO merupakan sebuah parti yang menunjangi pemerintahan negara di bawah naungan BN."

Mutakhir

Dr. M keahlian 'O1' keluar Umno
19-05-2008 05:17:56 PM
(Dikemas kini) PETALING JAYA: Selepas melemparkan kecaman bertubi-tubi terhadap kepimpinan Umno sejak pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada Umno.

Beliau mengumumkan keputusan 'mengejutkan' itu ketika berucap pada majlis bertajuk Kedudukan Orang Melayu Pascapilihan Raya Umum Ke-12 di Alor Star, Kedah pada pukul 12.35 tengah hari tadi.

Dalam ucapannya, Dr. Mahathir yang mempunyai nombor keadlian '01' dalam Umno juga menyeru ahli akar umbi supaya keluar parti bagi memberikan tekanan kepada pucuk kepimpinan - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya berundur.

Dr. Mahathir yang juga ahli Umno seumur hidup memberitahu, beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

Ketika beliau mengumumkan keputusan itu, Abdullah menghadiri Kongres Dunia Mengenai Teknologi Maklumat (WCIT) Ke-16 di Kuala Lumpur.

Dr. Mahathir berkata, beliau akan berada di luar parti selagi Abdullah masih memimpin Umno dan hanya akan kembali jika Abdullah berundur.

Kata beliau, surat mengenai keputusannya akan dihantar kepada Ibu Pejabat Umno dalam waktu terdekat.

Dr. Mahathir merupakan bekas Perdana Menteri yang kedua mengumumkan keluar Umno. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah keluar parti apabila Tengku Razaleigh menubuhkan parti Semangat 46 ekoran krisis Umno 1987-88. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar juga pernah bertindak demikian.

Dr. Mahathir pernah dipecat pada 1969 selepas beliau menulis surat terbuka kepada Tunku Abdul Rahman mengkritik kepimpinannya ekoran pilihan raya umum tahun itu dan Peristiwa 13 Mei.

Beliau diterima semula ke dalam Umno pada 1972 ketika kepimpinan Tun Abdul Razak.

Keputusan itu dumumkan seminggu selepas Dr. Mahathir mengadakan pertemuan tertutup dengan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya.

Menurut laporan Bernama, Dr. Mahathir dengan wajah kecewa berkata, beliau terpaksa mengambil tindakan keluar Umno yang dianggotai sejak 1946 kerana berpendapat parti itu tidak lagi dapat berperanan sebagai sebuah parti politik sebenar untuk membela nasib Melayu, sepertimana hasrat sejarah penubuhannya.

Sambil menyatakan rasa tidak puas hatinya, bekas Perdana Menteri itu mendakwa Umno kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden Umno dan mengutamakan kepentingan keluarganya (Abdullah) sehingga membelakangkan negara.

"Saya boleh senaraikan perkara-perkara yang dia (Abdullah) lakukan sehingga merugikan negara kita.

"Umno yang wujud hari ini tidak lagi berpegang kepada hasrat parti yang ditubuhkan 62 tahun lepas. Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk keluar dari Umno," kata beliau.


Dalam pada itu, ketika dihubungi, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhamad Muhamad Taib berkata: "Ia (keputusan itu) adalah hak Dr. Mahathir. Setiap ahli ada hak untuk masuk dan keluar parti."

Ketika ditanya sama ada beliau terkejut dengan tindakan Dr. Mahathir, Muhammad berkata: "Ya, secara peribadi saya terkejut kerana beliau merupakan tokoh terulung parti dan seorang bekas Perdana Menterii."

Sama ada Umno akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu ini, Muhammad menjelaskan, "kita tunggu dulu perkembangan."

Majlis Tertinggi (MT) akan mengadakan mesyuarat dalam masa dua minggu ini.

Pemilihan pucuk kepimpinan dijadual pada Disember ini.

Dr. Mahathir yang menyertai Umno pada 1946 dipilih sebagai Presiden Umno pada tahun 1981.

Beliau berundur daripada kedudukan Perdana Menteri dan Presiden Umno pada Oktober 2003 selepas mengumumkan untuk berbuat demikian pada Perhimpunan Agung Umno 2002.

Sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu, beliau mengkritik kepimpinan parti atas persembahan tidak memuaskan Umno dan Barisan Nasional termasuk menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

Beberapa pihak pernah mengesyorkan supaya Dr. Mahathir dikenakan tindakan disiplin apabila terus-menerus mengkritik kepimpinan parti sejak awal tahun 2005.

Ku Li kekal Umno untuk cabar Pak Lah
Analisis: Terkejut lagi mengelirukan
Sanusi Junid ikut jejak Dr M keluar Umno.
Perjalanan politik Dr. Mahathir
Terkejut, tidak percaya, reaksi awal Dr M keluar Umno
Kenyataan Mahathir sejak pilihan raya umum ke-12


Sanusi Junid ikut jejak Dr M keluar Umno.
19-05-2008 04:06:02 PM
Oleh SA'ODAH ELIAS
PETALING JAYA: Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid turut mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno.

"Saya akan buat kenyataan lengkap saya sendiri nanti. Buat masa ini, cukuplah kalau saya katakan saya juga sudah keluar Umno," katanya kepada mStar.

Sanusi yang merupakan antara pengikut setia Dr Mahathir dan bekas setiausaha agung Umno ketika krisis parti 1988 enggan memberikan ulasan lanjut.

Sunday, May 18, 2008

AIR HUJAN NAIK KE LANGIT

Kerajaan Pusat Wajar Bantu Kelantan, Kata Takiyuddin




KOTA BAHARU, 18 Mei (Bernama) -- Kelantan wajar diberi bantuan daripada aspek pelancongan dan pembangunan kerana Kelantan mampu menjadi penyumbang besar kepada industri pelancongan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata Kelantan merupakan sebuah negeri yang unik dan menawarkan pelbagai produk pelancongan menarik.

"Justeru bantuan daripada kerajaan pusat dalam aspek pelancongan dan pembangunan Kelantan sangat dialukan kerana kalau Kelantan tidak maju, Malaysia turut akan menerima tempiasnya," katanya pada sidang akhbar di sini hari Ahad.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin sebelum ini supaya kerajaan pusat memberi bantuan sewajarnya kepada setiap negeri termasuk negeri yang bukan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Takiyuddin berkata sejak tahun 1990 Kelantan hanya menerima bantuan geran perkapita daripada kerajaan pusat yang merupakan peruntukan wajib di bawah Perlembagaan negara.

"Selain bantuan geran perkapita, Kelantan tidak pernah menerima peruntukan yang sama sebagaimana diperolehi negeri-negeri lain. Bantuan lain seperti lori sampah, program kitar semula, bantuan landskap dan seumpamanya tidak pernah diberi," katanya.

Selain itu katanya, bantuan untuk pembinaan rumah awam kos rendah (RAKR) untuk rakyat negeri ini juga tidak pernah diperolehi.

"Di Kelantan kita memerlukan 2,600 buah unit rumah setahun untuk membantu rakyat miskin," katanya.

-- BERNAMA

SEPATUT KERAJAAN ISLAM TOLONG KERAJAAN HAK MEMERINTAH CARA TIDAK ISLAM.
KERAJAAN ISLAM TAK SEPATUT JADI TOK PAKIR KEPADA KERAJAAN YANG LAWAN ISLAM.

NAK BERZINA SENANG, KAHWIN YANG SUSAH

Bernama.com
--------------------------------------------------------------------------------
Am 18 Mei, 2008 15:03 PM
Warga Emas Terpaksa Tangguh Hasrat Bernikah Kali Keempat




KUALA TERENGGANU, 18 Mei (Bernama) -- Hasrat seorang warga emas Mohamed Nor Awang, 57, untuk bernikah dengan bakal isteri keempatnya pada hari Jumaat ini terpaksa ditangguhkan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shaikh Ahmad Ismail tidak berpuas hati dengan afidavit tambahan yang dikemukakan olehnya, Ahad.

Hakim Syaikh Ahmad mengambil keputusan untuk menangguhkan keputusan perbicaraan kes permohonan poligami Mohamed Nor untuk bernikah kali keempat pada 5 Jun ini, bagi memberikannya peluang mengemukakan saksi untuk menyokong keterangan bahawa dia mempunyai kemampuan kewangan dan diri untuk berbuat demikian.

Sebelum itu, Mohamed Nor ketika membacakan afidavit tambahannya memberitahu mahkamah bahawa dia berkemampuan daripada segi kewangan untuk berkahwin seorang lagi walaupun dalam sebutan kes sebelum ini dia memberitahu mempunyai pendapatan sebanyak RM1,500 sebulan.

Ini kerana, katanya, dia yang bekerja sebagai pemandu lori turut mempunyai pendapatan lain sebanyak RM2,000 lagi hasil kerja sambilan mengambil upah mengangkut getah beku dan membaiki kenderaan menjadikan pendapatan yang diperoleh sebulan ialah sebanyak RM3,500 sebulan.

Malah, katanya, isteri pertamanya Wan Rukiah Mat Yusof, 52, turut mempunyai pendapatan hasil kebun kelapa sawit seluas 0.8 hektar, manakala isteri ketiga Noraini Daud, 40, mempunyai kebun getah seluas 2.4 hektar. "Saya juga telah menyediakan sebidang tanah, sebuah rumah dan sebuah motosikal dengan wang sebanyak RM700 untuk ketiga-tiga isteri saya bagi perbelanjaan dan kemudahan untuk mereka menghantar serta mengambil anak-anak dari sekolah," katanya.

Mohamed Nor berkata 10 daripada 18 anaknya masih bersekolah, iaitu hasil perkahwinan dengan ketiga-tiga isteri termasuk isteri keduanya Kalthom Dollah, 39.

Mahkamah Tinggi Syariah pada Khamis lepas, mengarahkan Mohamed Nor untuk mengemukakan afidavit tambahan bagi menyokong permohonannya berpoligami walaupun ketiga-tiga isterinya memberi kebenaran untuk berbuat demikian tanpa syarat.

Bagaimanpun Mohamed Nor gagal menjawab pertanyaan Hakim Shaikh Ahmad ketika ditanya mengenai kemampuan dan keperluan dirinya untuk berkahwin lagi.

"Mahkamah bukan payah nak beri kebenaran untuk berpoligami, tetapi biarlah ada asas yang kukuh. Kemampuan bukan daripada segi kewangan sahaja tetapi juga kemampuan diri.

"Encik Mohamed Nor cuba terangkan daripada segi keperluan diri mengapa hendak berkahwin lagi sedangkan dalam keterangan sebelum ini ketiga-tiga mereka masih sihat dan mampu melayan keperluan Encik Mohamed Nor. Malah mereka juga masih boleh melahirkan anak," katanya.

Beliau berkata poligami boleh menjadi haram apabila seseorang itu tidak yakin akan mampu berlaku adil kerana kemiskinan, kekurangan keupayaan diri serta prejudis terhadap isteri.

Mohamed Nor kemudian memberitahu mahkamah bahawa kerana yakin dapat berlaku adil maka dia ingin berkahwin lagi selain mampu untuk menyara keluarga dan boleh menyatukan isteri-isterinya.

"Kalau setakat ini Yang Arif saya betul-betul mampu untuk berpoligami, tetapi kalau nak cerita betul-betul saya tak pandai. Lagipun bakal isteri saya suka pada saya dan kami juga telah bertunang," katanya.

Hakim Syaikh Ahmad meminta Mohamed Nor membawa saksi untuk menyokong keterangan itu selain dokumen tentang pendapatan tambahan yang diperolehnya.

-- BERNAMA
NAK BUAT MAKSIAT SENANG...TAK DA SAPA NAK SIBUK DAN LARANG
NAK RAMAIKAN UMAT NABI MUHAMMAD SUSAH DAN BANYAK HALANGAN....
INILAH DUNIA AKHIR ZAMAN....
MENTALITI PEJABAT AGAMA....
YANG DIBENCI OLEH RAMAI ORANG ISLAM....
MOHON ZAHID HAMIDI DAN DR ASRI AMBIL PERHATIAN.....

Friday, May 16, 2008

NIK AZIZ MMG PERLU JADI ORG TUA NEGARA

Nik Aziz Cadang Raja-raja Perjelas Hak Ketuanan Melayu




KOTA BAHARU, 16 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk

Nik Abdul Aziz Mat mencadangkan agar Raja-raja Melayu

menjelaskan isu hak ketuanan Melayu setelah ada pihak sudah

berani mempertikaikannya.

"Raja-raja Melayu perlu memperbetulkan apa-apa kesilapan yang

menyebabkan bangsa Melayu dipertikai sekarang," katanya ketika

berucap pada ceramah mingguannya di sini Jumaat.

Menurut Nik Aziz sekiranya sultan mendiamkan diri tanpa bertindak

dalam menyatakan hak Melayu di negara ini selagi itu ianya akan

dipermainkan oleh pihak lain yang cuba mengambil kesempatan

untuk sesuatu matlamat.

Kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh baru-baru ini

mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam isu pertukaran Pengarah

Jabatan Agama Islam Perak telah menimbulkan rasa kurang senang

dalam kalangan masyarakat Melayu yang menganggap ianya

mencabar kewibawaan orang Melayu.

Pada satu acara lain, Nik Aziz mencadangkan agar rakyat

menjadikan sarang burung walit sebagai makanan tambahan bagi

mengekalkan kesihatan diri kerana ia mempunyai khasiat yang

tinggi.

"Saya sendiri makan sarang burung hampir setiap pagi dan malam,"

katanya.

-- BERNAMA



Copyright © 2008 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten

Thursday, May 15, 2008

BERITA YANG SEPATUTNYA KELUAR 2 BULAN LALU

5 MB Pakatan Rakyat ajak rakyat boikot akhbar Utusan
Salmiyah Harun Thu May 15, 08 3:45:01 pm MYT
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Majlis Menteri-menteri Besar lima buah negeri yang ditadbir di bawah Pakatan Rakyat, menyeru rakyat supaya memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia. -->-->
Salah seorang ahli majlis, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berpendapat akhbar itu bersikap keterlaluan dan tidak profesional serta tidak adil, kerana terus memburuk-burukkan serta memutar-belit berita tentang pentadbiran negeri dan juga gabungan Pakatan Rakyat.
Khalid juga menegaskan akhbar terbabit membesar-besarkan isu untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap pentabiran serta parti dan juga membakar api perkauman yang sempit.
Katanya, semua ahli majlis ini meminta semua jabatan dan institusi kerajaan di lima negeri di bawah pentadbiran Pakatan berhenti membeli akhbar tersebut dan juga berhenti memberikan iklan kepada mereka.
Justeru, ahli majlis ingin menyeru supaya semua pembaca Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia berhenti membeli akhbar tersebut serta-merta.
Sehubungan itu, katanya, para pemimpin parti-parti dalam Pakatan Rakyat kesal dan bimbang kerana kontroversi mengenai kuasa serta kedudukan
Raja-Raja dipolitikkan secara besar-besaran dan tidak bermaruah, terutama oleh media milik parti-parti dalam kerajaan BN Pusat dan sesetengah pemimpin Umno.
"Kami berpendirian tegas mendukung kedudukan Raja-Raja sebagai Raja ber-Perlembagaan, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, semua pihak harus menerima bahawa seseorang Menteri Besar mempunyai bidang kuasa untuk memindahkan mana-mana pegawai eksekutif di negerinya.
Namun, katanya, bagi jawatan yang berkaitan dengan Majlis Agama Negeri, Sultan sebagai Ketua Agama Negeri seharusnya dirujuk terlebih dahulu.
Justeru, Ahli Majlis Menteri-menteri Besar menegaskan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh adalah pandangan beliau dari perspektif undang-undang.
"Kami menerima penjelasan YB Karpal Singh bahawa beliau tidak bertujuan untuk menghina Sultan. Kami berharap semua pihak akan menerimanya juga dan berhenti segera dari menggembar-gemburkan isu ini sehingga boleh menimbulkan ketidakstabilan dan ketegangan kaum," kata Khalid. - mr --

BERBANDING DGN NST/BH UTUSAN AGAK KEBUDAK-BUDAKAN, TERLALU MELEBIHKAN HIBURAN DAN DUNIA ARTIS......MENTALITI UTUSAN MENGUNDUR KE BELAKANG KERANA DIPIMPIN OLEH MEREKA YANG TOHOR AQAL DAN JAHIL

PR PATUT MALU DGN ISTANA PERAK

Usul Pertahankan Kedaulatan Institusi Raja Dilulus Pada Persidangan Majlis Agama Islam Perak
-->
IPOH, 15 Mei (Bernama) -- Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) ke-161 di sini hari ini mengulangi ikrar penuh setia kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah selaku Sultan dan Raja Pemerintah yang sekaligus berperanan sebagai Ketua Agama Islam di negeri itu. Persidangan menetapkan pendirian untuk mempertahankan kedaulatan institusi Raja dan akan mengambil tanggungjawab mempertahankan kemuliaan Baginda Sultan dari sebarang bentuk yang merendah, mencemuh, mempertikai dan menghina institusi Raja oleh mana-mana pihak sekalipun, yang dilakukan sama ada secara perbuatan mahu pun pengucapan. Ia turut melahirkan rasa syukur kerana isu berkaitan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) Datuk Jamry Sury telah dapat ditangani secara arif lagi bijaksana dengan penuh sopan dan ketertiban, demikian menurut satu kenyataan berhubung persidangan itu yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.Berhubung isu itu, MAIAMP merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana kesediaan beliau menerima titah nasihat Sultan Perak secara positif dan menghormati adat serta mengutus warkah memohon maaf kepada baginda kerana kealpaan yang telah berlaku. Persidangan hari ini juga meluluskan usul menyokong pendirian Menteri Besar Perak yang tidak membenarkan dan tidak terpengaruh dengan suara mana-mana pihak luar yang tidak bersangkutan dengan urusan pentadbiran di negeri Perak. "Majlis yang bersidang turut merakamkan hasrat untuk melihat berlangsungnya hubungan kerja yang baik lagi harmoni antara Istana dan Kerajaan Negeri berlandaskan adat dan tradisi bangsa turun temurun, dalam semangat negeri beraja - rakyat bersultan; semoga akan terjalin hubungan kerja yang saling berunding dan bermuafakat demi kesejahteraan negeri dan rakyat terutamanya di kalangan rakyat yang beragama Islam dan berketurunan Melayu," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan oleh Pejabat Raja Muda Perak.Majlis yang bersidang mendokong teguh pendirian Raja Nazrin selaku Yang Dipertua MAIAMP untuk memastikan bahawa institusi agama Islam di Perak dilindungi kesucian daripada dicemari oleh sebarang bentuk kegiatan berunsur politik kepartian yang boleh memecah-belahkan ummah. -- BERNAMA

PEMIMPIN PR KHASNYA DRP PAS PATUT BELAJAR BANYAK LAGI CARA-CARA BERAKHLAK. PATUT MALU DGN ISTITUSI DIRAJA PERAK.

Wednesday, May 14, 2008

Sabda Rasulullah: “Bersegeralah melakukan amal –amal soleh sebelum datangnya fitnah-fitnah seperti sepotong malam yang gelap gelita. Pada pagi hari seorang masih beriman, tiba-tiba pada petang harinya ia telah menjadi kafir dan ada yang pada petangnya masiih beriman, tiba-tiba pada pagi harinya menjadi kafir, ia menjual agamanya dengan kekayaan dunia. (Riwayat Muslim) Semua orang rasa bangga dengan dosa, bila menyebut neraka tidak terasa akan gerunnya, bila menyebut syurga, tidak terasa akan nikmatnya, itu menunjukkan jiwa kita mati atau buta. Bila ingat tentang kematian ia dapat melupakan segala jenis kelazatan hidup, bahkan menyebabkan orang yang tertawa menjadi terdiam sebentar, yang sedang enak makan berhenti menyuap, malahan tenggorokannya terasa perit, yang manis terasa pahit untuk ditelan, terkenang adakah selepas ini akan dapat merasa makanan yang lainnya. Masing-masing tertunduk sepi.. Bila ingat tentang kematian, terasa masa sungguh sempit, apa yang dipegang, dinikmati, segala pakaian baru, dan harta di tangan yang ada rupanya akan ditinggal pergi. Tiada apa lagi yang dapat dibangga dan digahkan. Tiada lagi perkara hendak dikisahkan, entah-entah esok dengan kain apa dikapankan, siapa yang menyembahyangkan, di bumi mana akan ditinggal bersendirian…sempatkah menyebut kalimah toyyibah.. Bila ingat tentang kematian, teringat tentang dosa-dosa lalu, wahai… hutang piutang yang masih belum jelas, jasa kepada mak dan abah, ajaran yang belum sempat disampai pada adik2 yang lain. Teringat dengan tingkah laku yang ditunjuk2 selama ini menjadi ikutan, dosa tangan, zina mata, segala jenis kata-kata yang keluar dari lidah. Bila ingat tentang kematian, terasa mata sukar untuk dilelapkan, perlu kalam untuk menulis, sekurang-kurangnya pesanan terakhir. Meminta ampun dari setiap orang yang berkenaan, pada ibu dan ayah lagi, diminta halal segala peluh titik mengalir, ilmu yang diberi, susah payahnya, jerih tangisnya, makan dan minum yang diberi, kemarahan dan kesedihannya. Pada teman dan rakan, segala gurau-gurauan, umpatan dan cacian, segala rasa sakit di hati, dendam dan hasad dengki, buruknya sangkaan, usikan, janji dimungkir, kata dusta, takbur dan sombongnya… wahai, alangkah banyaknya dosa tindih menindih satu persatu yang akan disemak nanti.. Bila ingat tentang kematian, yang berdosa akan basahkah lidah untuk beristighfar? Lapangkah hati untuk memohon maaf ? Tergerakkah jiwa untuk berbuat kebaikan ? Masih panjangkah angan-angan untuk difikirkan? Lalu yang berdosa jarakmu dengan Tuhan sejauh mana? , sedang di tengah-tengah ada api neraka yang marak menyala.. Bila ingat tentang kematian, apalah nasibmu wahai diri? Dahulu disanjung orang, lidah ligat tidak pernah diam berkata itu dan ini, menjanjikan itu dan ini,. Anganmu selalu melangit tinggi, fikirmu esok dan akandatang membawa seribu erti yang ingin dipenuhi sedangkan engkau tidak tahu. Lalu taubat engkau tangguhkan lagi, dan jiwa dibiarkan kosong akibat terlalu sibuk menghias diri untuk mengejar dunia, takut dikata ‘ketinggalan’. Murka ALlah kian membayangi diri, tapi engkau tidak sedar lagi. Matamu tidak pernah pejam dalam perkara kemaksiatan, detik hati berkata ‘diri masih muda’, ‘esok masih ada’. Rupa-rupanya ALlah telah menjadikan engkau lupa akibat dosa yang engkau cari sendiri untuk dibalas dengan mati yang datang mengejut secara tiba-tiba.. Bila ingat mati, sedar jiwa di tangan Tuhan, hadirmu di alam tidak membawa apa-apa hanya sekadar hamba. Muka, tangan, telapak kaki, kulit, hati, rambut, kuku itu bukan engkau punya, tangan itu bukan milikmu, engkau memikul tanggungjawab dan amanah untuk menjaga ia dengan sebaiknya bukan mengkhianatinya. Bila ingat mati, nantilah, bila pipi tersembam di tanah, mata tertutup rapat, lidah tidak berguna menjerit meminta tolong, mungkin baru teringat perbuatanmu selalu kufur dengan nikmat Tuhan. Engkau mengaku menyintai Allah melebihi makhluk lain, sedang solatmu dalam keadaan lalai, sujudmu dalam keadaan lalai. Entah-entah matimu pun dalam keadaan lalai… Bila ingat mati, biarkan mata letih menangis kerana bertaubat, hati bergoncang takutkan Allah, alam ini bukan panjang lagi umurnya, apatah lagi dikira dengan nafas manusia yang kian ramai terdiam rupanya nyawanya sudah lama terbang direnggut pergi…. Sumber: http://jarumemas.blogspot.com/2007/10/mati.html


Datuk Rusli Ibrahim dicalon sebagai Senator
Lanjusoh Wed May 14, 08 2:53:57 pm MYT
KETEREH, 14 Mei (Hrkh) - Bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Ahmad Rusli Ibrahim dicalonkan sebagai anggota Dewan Negara bagi mewakili Kelantan. -->-->
Pengumuman perkara itu dibuat Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di pekan Kok Lanas malam tadi, sempena program ceramah isu semasa.
Menteri Besar berkata, Rusli telah melakukan pengorbanan besar kepada perjuangan gerakan Islam di Kelantan sejak menyertai PAS lebih dua tahun lalu.
"Sebelum ini kita melantiknya sebagai Penyelia di Dun Kok Lanas biar pun jawatan itu tidak sepadan dengan kewibawaan yang ada padanya.
"Dan pada pilihan raya umum lalu beliau dicalonkan mewakili PAS di Dun Kok Lanas. Kepetahannya bercakap membuatkan orang kampung mudah faham apa yang disampaikan," katanya.
Oleh itu beliau berkata, dengan mengambil kira segala kelebihan tersebut maka wajar sekali beliau dicalonkan sebagai Senator bagi mewakili Kelantan ke Dewan Negara.
Malah katanya beliau lebih mudah untuk bergerak ke mana sahaja di negara ini bagi menyampaikan mesej dakwah dan penerangan isu-isu semasa.
Menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, Rusli mempunyai kedudukan tinggi dalam Umno sebelum menyertai PAS.
Kata beliau selepas menyertai PAS beliau sanggup pergi ke mana sahaja untuk berceramah bagi memberi penerangan mengenai isu-isu semasa kepada masyarakat.
"Tiada benda lain yang dapat kita balas melainkan jawatan Senator yang saya sendiri akan cadangkan pada persidangan Dun Ogos depan.
"Kalau tuan-tuan hendak panggil Dato' Rusli sebagai YB mungkin sudah boleh agaknya," katanya disambut gelak ketawa orang ramai.
Sementara itu, Rusli merakamkan ucapan terima kasih di atas kepercayaan Menteri Besar dan kerajaan negeri yang bakal mencalonkan namanya bagi mewakili Kelantan ke Dewan Negara.
Pada persidangan Dun Kelantan pada 28 hingga 30 April lalu, agenda ke-11 dicatat sebagai pemilihan Ahli Dewan Negara pada susunan urusan persidangan.
Bagaimanapun Speaker, Ustaz Nasuruddin Daud mengumumkan agenda pelantikan itu ditangguhkan.
Kuota bagi jawatan Senator mewakili Kelantan kosong satu kerusi berikutan Wan Ubaidah Omar bertanding di Dun Kijang dan memenangi kawasan itu.
Seorang lagi penyandang jawatan itu, Mumtaz Mohd Nawi dijangka disambung perkhidmatan bagi penggal kedua. Setiap penggal selama tiga tahun.
Sebelum ini kerajaan PAS Kelantan hanya melantik wakil muslimat sebagai Senator mewakili negeri ini. - mj

SEPATUTNYA RUSLI JADI SPEAKER.HU PANG CHANG JADI SENATORAPA PERLU BAGI SPEAKER KPD NASARUDIN- DAH DAPAT JADI ADUN OK DAH TU.NAK BALAS JASA APANYA LAGI PADA NASARUDIN.SEPATUTNYA JUGA EXCO HAK LAMA HAK KURANG PRODUKTIF TU KENA TUKAR SERUPA MEJAR ANIZAM, TMB MAT YAAKOB, TAKIYUDIN , ANNUAR TAN. PELIK LA POLITIK KELANTAN SEJAK AKHIR-AKHIR NI.

Takziah NIK LI

Yang Dipertua DPMMNK meninggal dunia
KOTA BHARU 13 Mei - Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kelantan (DPMMNK), Nik Ab. Rahman Nik Taib meninggal dunia kerana pelbagai penyakit kronik di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini petang ini.
Nik Ab. Rahman, 50, yang meninggal dunia pada pukul 3.45 petang, dimasukkan ke hospital tersebut kira-kira pukul 3 pagi ini setelah mengadu sakit dada.
Allahyarham, seorang kontraktor yang menerajui DPMMNK sejak 10 tahun lalu, meninggalkan seorang balu, Zaiton Che Hussin, 50, dan tujuh anak iaitu dua lelaki dan lima perempuan.
Anak lelakinya, Nik Mohd. Nasrudeen, 23, berkata, semalam ayahnya berada di Kuala Lumpur bagi menguruskan beberapa perkara berkaitan perniagaan dan tiba di rumahnya di sini kira-kira pukul 9 malam.
"Ayah dengan beberapa orang rakannya telah memandu dari Kuala Lumpur dan sampai rumah kira-kira pukul 9 malam tadi dan semasa berehat dia mengadu sakit dada.
"Ayah yang menghidap penyakit jantung, diabetes dan komplikasi buah pinggang menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 3.45 petang di sisi kami semua," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Tok Kenali di sini.


TAKZIAH BUAT NIK LI PAK NIK YEK DAN DR HP ZAITON CHE HUSSIN.

Sunday, May 11, 2008

Takziah Datuk Par

Takziah untuk Datuk Mustapa Mohamad dan Hj Makhtar Mohamad atas berpulangnya ke Rahmatullah ayahnda Hj Mohamad Abdul Rahman jam12.10 pagi 11 Mei 2008 (Hari Lahir UMNO).


BACHOK, 11 Mei (Bernama)-- Bapa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed, Mohamed Abdul Rahman, 81, meninggal dunia awal pagi tadi di rumahnya di Kampung Badak di sini akibat sakit tua.Mustapa berkata bapa beliau yang juga menghidap ulser perut meninggal dunia pada 12.10 pagi tadi dan sebelum ini menjalani rawatan selama tiga minggu di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), katanya kepada pemberita di rumah bapanya di sini hari Ahad.Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Setawa Mahmud, 76, tiga anak lelaki dan dua perempuan.Mustapa, 57, yang merupakan anak sulung dalam keluarganya berkata jenazah bapanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badak, di sini pada 10.30 pagi.--BERNAMA

Karpal :Untungkah UMNO

Isu Karpal Singh perlu ditangani dengan kepala dingin. KS memang begitu dahulu, kini dan akan datang. Pernah menyaman Almarhum Sultan Selangor. Pernah ditampar Allahyarham Kiai Arshad. Pernah di halau dari Parlimen. Beliau bercakap hanya berasaskan undang-undang yang dipelajari tetapi tidak pandai untuk memahami bahawa undang-undang perlu ditadbir untuk kemuslihatan umum dan tidak bersifat kaku.

Soalnya apakah tindakan yang dibuat oleh UMNO terhadap KS akan mengembalikan sokongan pengundi kepada BN?

Fikir-fikirkanlah dan sangat wajar sekiranya diingatkan bahawa tindakan over kill terhadap KS akan mengundang padah lebih besar kepada BN.

Persoalan tentang kuasa raja,kedudukan raja adalah sangat sensitif.
Apa yang penting pada hari ini ialah raja perlu untuk mendekatkan lagi diri di hati rakyat dan dengan itu
mudah-mudahan orang Melayu akan lebih merasai hakikat bahawa mereka ada raja.

Orang bukan Melayu pula perlu di ajar hakikat bahawa negara ini ada orang tuanya yang bergelar raja/sultan/agung. Pandai-pandailah menghormati raja kerana kontrak sosial perlu
diperingat dan dijunjung tinggi demi keamanan negara ini.

HAPPY BIRTHDAY UMNO

Hari ini genap 62 tahun UMNO.
Banyak jasa dan banyak juga dosa UMNO kepada Melayu
Semuga Allah mengampuni dosa pemimpin UMNO terdahulu dan kini
memberi hidayah dan inayahNya agar nasib bangsa ini kembali
ampuh dan tidak rapuh.

Pembersihan jiwa pemimpin UMNO adalah prasyarat kelangsungan hayat UMNO.
Sekiranya ini tidak berlaku UMNO juga boleh menjadi sejarah apalagi
PRU ke 12 membuktikan anak - anak muda kian terasing daripada UMNO.

Di mana salah dan di mana silapnya. Mengapa anak muda tidak minat dengan UMNO.
Kenapa kenapa kenapa kenapa.......................

Tongkat UMNO iaitu MCA, Gerakan dan DAP telah di makan anai-anai.
Tongkat mana yang UMNO mahu pakai? Raja-Raja? Berapa undi yang raja - raja boleh beri dalam PRU nanti. Tentunya undi rakyat lagi bererti.

Susah untuk diteka tetapi UMNO harus bangkit tanpa tongkat , tanpa kerusi roda dan tanpa pengusung.

Orang bukan Melayu tidak lagi bergantung harap pada MCA, Gerakan dan MIC
dan ketiga-tiga parti tersebut nampaknya semakin tidak relevan
maka wajarkan UMNO berkeseorangan menongkah arus besar
menghambat kembali kayakinan rakyat yang kian luput kepada BN.

Masa akan menentukan..Jika UMNO berubah inshaAllah nasib UMNO tidak semakin parah jika masih tidak berubah maknanya UMNO bakal bergelar parti dinasour yang hanya boleh dilihat di
buku-buku sejarah..

Saturday, May 10, 2008

Perpaduan Melayu 2

Sepatutnya apabila bercakap soal perpaduan melayu
org UMNO akan tolong kerajaan Melayu Terengganu dahulu(1999-2004)
royalti minyak tak payah di tarik balik ganti dgn wang ehsan.
Kerajaan UMNO juga bantu kerajaan Kelantan sama seperti bantu negeri lain.
dan untuk mengukuhkan kuasa melayu dalam kerajaaan Perak, ADUN UMNO sepatutnya
menyertai pas atau PKR. Lupakan dulu soal parti yang penting kuasa melayu.

Malangnya Melayu tidak belajar dgn Gerakan dan DAP. Demi bangsa Lee Kah Choon sanggup
tinggal Gerakan bantu DAP.

Memang Melayu ....... apa nak jadi kalau asyik kutuk mengutuk tak habis-habis. Rahmat Tuhan tidak akan bersama golongan yang hanya tahu mengutuk dan menyalahkan orang lain. Kerajaan PR akan tewas kalau penyokong asyik mengutuk pihak yang kalah bukannya buat kerja untuk faedah rakyat jelata.

Bergaduh sama sendiri pun jangan terus menerus kutuk
mengutuk. Yang menang dah menang , yang kalah dah kalah. Hentikan sengketa dan lawan lagi
secara demokrasi bila PRU ke 13 diumumkan.

WAK HAMAD

APA MAKNA PERPADUAN MELAYU

Banyak pihak mengajak Melayu bersatu, ada pula yang kata bersatulah atas nama Islam.

Apa maknanya semua ini? Maknanya hak ajak Melayu bersatu tak kenal Islam dan hak ajak Islam bersatu tak kenal Melayu.

Waktu bagi Melayu sekarang ialah waktu kecederaan. Kalau nak bersatu tak sah kira cap, color, jubah atau songkok tapi tolonglah fikir kepada perkara-perkara nak buat guano atas perkara berikut:-

Melayu tak reti jawi, tak reti mandi wajib dan tak reti baca alfatihah. kalu tak percaya gi buat survey di sekolah .
Melayu tak sedar kuasa politik dan kuasa ekonomi makin hilang makin hilang makin hilang.
Melayu tak sedar asyik dengan hiburan siang malam, sembahyang seminggu sekali.
Melayu tak kisah makan minum tak kira halal atau haram gomol belaka, makan rasuah pun rasa tak berdosa tak masuk neraka.
Melayu tak kenak tuhan tak reti mengaji Quran, tak reti baca Yaa Sin dan tak reti baca doa qunut.
Melayu asyikdengan dadah, hidu gam, judi, mencuri termasuk di Kelantan yang tak kurang hebatnya.

Pakat-pakat pikirlah, jangan dok sibuk dengan puak dan kabilah sendiri sahaja. Puak yang mengaku intelek dan cendiakawan serta rasa kaya raya
.............tak da harga sikit abuk kalu bangsa sendiri dah punah dan hilang identiti Melayu.

Insaflah dah ramai Melayu yang jauh dari Tuhan, tak minat kepada Agama, leka dengan
dunia sehingga akhirnya Melayu hilang identiti kemelayuan seperti yang termaktub dalam
perlembagaan negara.

WAK HAMAD.

KOMEN 10 MEI 2008

Tahniah satu idea bernas
KOMEN SAYA; HAK MOLEK KITA PUJI HAK HUDOH KITA BBETUL. TAK SAH KIRA PARTI MANA



Gambar Pusat Tarbiah Terbaru

Sumber teranungkite

TAMAN MELAWAR

Tolong selamatkan Pusat Tarbiyyah Taman Melewar!
Dilulus terbit pada Friday, May 09 @ 10:42:54 MYT oleh SongkokPutih


Oleh Waris Nakahie

Siapa tak kenal Pusat Tarbiyyah PAS Taman Melewar, Gombak. Di sinilah sinar Islam; segala aktiviti Islam dan kebebesan ummah dirancangan dan dilaksanakan. Menjadi tempat pertemuan kepimpinan ulama luar dan dalam negara, menjadi pusat melatih kader-kader untuk meneruskan perjuangan Islam.

Menyatukan pelbagai aktiviti tak kira bangsa, memupuk semangat kekitaan yang menjadi asas pembentukan Pakatan Rakyat. Tak perlu saya cerita banyak semua dikaalngan kita sudah mengetahuinya.


Setelah PAS membeli satu bangunan baru kepunyaan RHB bank di tengah-tengah bandar KL, Pusat Tarbiyyah Taman Melewar telah tidak diendahkan lagi.



Pusat Tarbiyyah Taman Melewar sudah terbiar, hanya sekadar dijadikan tempat solat waktu malam dan bermain badminton pada waktu lebih malam atau siang hari.

Tandas tidak berlektrik malah lampu kalimantangnya pun sudah tiada. Tiada siapa yang nak peduli. Kita dah ada bangunan 8 juta dengan peralatan mewah yang disebut kerusinya mungkin berharga RM1000 lebih, walahualam, sebab saya sendiri tak lihat dan 'tak sempat' nak ambil gambar.



Bukan sahaja lampunya hilang bil elektrik juga tidak dibayar dan pernah dipotong. Saya dimaklumkan bahawa Ustaz Hassan Shukri telah memaklumkan kepada Bendahari PAS Dr Hatta Mohd Ramli perkara ini, tetapi tidak ada tindakan sehingga elektrik dipotong.

Pernah dahulu, live webtv tidak dapat dibuat kerana streamyx di sini dipotong kerana tak bayar bill. Perkara ini berlaku hampir pilihan raya yang lalu. Kecuaian dan ambil tak endah kepada Pusat tarbiyyah ini menyebabkan masalah kerosakan menjadi makin teruk.

Siling hampir keseluruhan bangunan ini bocor. bukan sahaja bocor malah tercabut.



Siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini sebelum bangunan Pusat tarbiyyah ini hancur dimamah anai-anai?

Bangunan dan dinding mulai rosak. Sebelum ini kos pembinaan untuk membaik pulih dan menaik taraf dewan yang berhawa dingin untuk memenuhi cita-cita arwah Ustaz Fadhil Mohd Noor telah memakan belanja hampir 1 juta. Satu syarikat telah diberikan pendahuluan untuk membinanya. (Saya tak nak cerita panjang, tunggu respon sebelum pendedahan secara detail dibuat)



Apakah Pusat ini sekadar menjadi stor barangan pilihanraya? Bendahari PAS mesti bertanggungjawab!



Saya serahkan maklumat yang asas ini kepada anda semua untuk membetulkan keadaan. Jika tiada respon kita akan masukkan gambar yang lebih teruk lagi.

Maaf terpaksa buat begini sebab bercakap orang-orang atas tak nak dengar!!


KOMEN SAYA ; INILAH MELAYU

NASIB PAKATAN RAKYAT

NASIB PAKATAN RAKYAT

Usia Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang sudah melewati tempoh 60 hari. Nampaknya mereka masih tidak belajar dari apa yang dilakukan oleh Kerajaan Kelantan pada tahun 1990 dan Kerajaan Terengganu penggal 1999-2004. Kerajaan PR khansya di tiga buah negeri iaitu Selangor, Perak dan Pulau Pinang nampaknya memilih jalan dan stail Terengggnu . Jalan yang membuktikan bahawa mereka hanya mampu menang untuk satu penggal sahaja.

Di Kelantan , sebaik sahaja Pas menang pada tahun 1990 mereka tidak sibuk dengan urusan JKKK, urusan tukar kakitangan, urusan radio Kelantan dan tidak sibuk dengan urusan mendapat gelaran Dato. MB Kelantan sekarang mendapat Dato hanya selepas 3 tahun menjadi MB. Malulah Nizar awal-awal lagi menerima gelaran Dato daripada Istana Perak. Nizar nampakanya mencontohi Hadi yang menerima Dato pada awal pemerintahan.

Pas Kelantan tidak sibuk dan tidak ralat walaupun BN menubuhkan JPP. Bahkan secara sinis MB Kelantan mengulas apabila ditubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan , tentunya Kelantan akan maju seperti negeri-negeri lain. Jangan salahkan Pas jika Kelantan tidak maju sebab Kelantan dah ada JPP.

Pas Kelantan tidak sibuk dengan urusan pelantikan JKKK dan dia membiarkan sahaja penghulu UMNO berperanan dengan nama penyelia pembangunan mukim. Mereka di bayar gaji melalui JPP. Pas hanya melantik penghulu sebagai perantara orang ramai dengan Ketua Jajahan. Pas tidak lantik JKKK kerana Ahli Jawatankuas Cawangan Pas yang tidak payah dibayar eluan mesyuarat sudah menjalankan khidmat secara sukarela untuk menjaga keselamatan dan kemajuan kampung masing-masing.

Oleh sebab itu isu JKKK tidak timbul di Kelantan sehingga kini. Kita tidak tahu untuk apa negeri Perak sibuk dengan JKKK? Biarkan BN bayar gaji kepada Penghulu dan JKKK asalkan mereka undi Pas seperti yang berlaku di Kelantan. Nampaknya PR Perak tidak mengambil iktibar dengan Terengganu yang menubuhkan Jawatankuasa Syura Rakyat JSR yang akhirnya menjadi saham menjahananmkan kerajaan Pas Terengganu pada tahun 2004. Ini berlaku apabila orang yang berkepentingan dan tiada ada ilmu menjadi JSR dan berlagak lebih daripada DO.

Keadaan ini membuatkan rakyat marah kepada JSR dan padanya Pas hilang sebuah negeri.

Pas Kelantan tidak sibuk dengan isu sabotaj pegawai kerajaaan. Semua orang tahu SUK Kelantan sebelum ini ada yang terang-terang tidak senang dengan MB dan MB tidak senang dengan SUK tetapi urusan kerajaan berjalan seperti biasa. Ada SUK Kelantan terdahulu pernah mengistiharkan “semua orang Pas adalah musuh aku belaka” namum kerajan Pas Kelantan masih kekal sehingga hari ini. Ini berbeza dengan Terengganu. Kerajaan Pas Terengganu memilih SUK yang kononnya telah anaiaya oleh Kerajaan BN kerana kes potong trip. Terbukti SUK yang dipilih oleh Pas akhirnya bersikap makan tuan.

Pas Kelantan pernah menghadapi serangan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dari pentas UMNO menjelang pilihanraya umum 2005. Tidak ada tindakan tatatertib yang dibuat dan pengarah tersebut apabila bersara tidak lagi diingati oleh orang. Justeru itu kita hairan kenapa MB Perak sibuk sangat dengan Pengarahj JAIP. Gunalah pendekatan berhikmah seperti yang dibuat oleh Nik Azizi.

Yang menentukan jatuh bangun kerajaan bukan kakitangan kerajaan tetapi undi rakyat. Pegawai Kerajaan Kelantan pornah sabotaj Kerajaan Pas sehingga bertindak memulaukan sidang Dewan Undangan Negeri. Mereka keluar beramai-ramai sewaktu sidang DUN berlangsung.

Pas Kelantan tak kalah dengan tindakan tersebut. Kejadiaan tersebut sangat tidak beretika tetapi Nik Aziz tidak melatah. Nik Aziz jaga rakyat dan minta wakil rakyat jaga rakyat. Nik Aziz minta Ketua Kawasan dan ketua Cawangan jaga rakyat. Tidak perlu sibuk-sibuk dengan kakitangan kerajaan yang nak sabotaj.

Akhirnya terbukti rakyat setia dengan Nik Aziz dan ramai pegawai kerajaan sekarang berduyun-duyun menghadiri kuliah Nik Aziz. Ada juga bekas SUK yang pimpin Cawangan Pas selepas bersara.

Pas Kelantan tidak sibuk dengan maslah radio Kelantan. Pas Kelantan guna media alternatif iaitu markaz Pas dan ceramah Pas untuk menjelaskan isu kepada rakyat. Pas Kelantan tidak halau radio Kelantan seperti PR Selangor minta Radio Selangor keluar dari bangunan Sultan Salahuddin.

Pas Kelantan tidak sibuk dengan retorik seperti Pas Terengganu dahulu yang bising dengan isu kharaj – cukai untuk orang bukan Islam. Akhirnya Pas Terengganu ghuyup kerajaan dan Pas Kelantan masih bertahan .

Pas Kelantan tidal sibuk dengan urusan Masjid dan Majlis Agama seperti Pas Pulau Pinang. Biarkan orang UMNO pegang Majlis Agma Islam dan AJK Masjid asalkan imam dan makmum semua sokong Pas. Masjid di kelantan secara keseluruhannya bukan gelanggang politik seperti di Terengganu sehingga timbul isu sembahyang jumaat dua tempat di satu mukim.

Di Kelantan Pas tidak sibuk jika ada imam UMNO kerana ahli UMNO bukan membatalkan syarat jadi imam. Yang tidak faham konsep politik Islam, kerajaan Pas bagi faham, bagi kursus, buat kunjungan, ziarah, dialog sehingga dan sehingga ke Wat Budha pun kerajaan Pas kelantan pergi.

Malangnya setelah lebih dua bulan rombongan MB Perak,MB Selangor atau wakil kerajaan Pulau Pinang atau EXCO masih belum melakukan kunjungan hormat ke pejabat MB Kelantan. Mintalah nasihat sepatah dua. Begitu jugalah dengan Terengganu dahulu , enggan belajar daripada kerajaan Pas Kelantan , akhirny Pas ghuyup dipemikiran orang Terengganu yang serik dengan sifat angkuh pemimpin Pas di semua peringkat pada masa itu.

Mereka bukan tidak berterima kaish dapat geran tanah tetapi mereka benci dengan ego pemimpin Pas. Kerajaan Pas Kelantan tidak ego dan sedar kuasa datang dari rakyat maka orang parti mesti hormat kepada rakyat bukan rakyat hormat kepada orang parti.

WAK HAMAD

NIZAR ATAU KARPAL DERHAKA

ara Karpal Singh Tegur Sultan Tidak Betul Dan Dianggap Derhaka,
Kata Nik Aziz

KUALA KRAI, 9 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh
mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung pertukaran
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) Datuk Jamry Sury
secara terbuka adalah tidak betul dan boleh dianggap derhaka.
Nik Aziz berkata tindakan menegur secara terbuka kepada umum
dianggap tidak bermoral dan tidak patut dilakukan terhadap
seseorang sultan.
"Daripada segi undang-undangnya saya tidak tahu, daripada segi
moral, moralnya (perbuatan Karpal itu) tidak betul," katanya.
Mursyidul Am PAS itu berkata pemimpin parti politik, terutamanya
Pengerusi DAP itu, mestilah menghormati institusi raja dan
menganggap Sultan seperti ibu bapa ketika di rumah.
Katanya perbuatan tidak menghormati orang tua boleh dianggap
derhaka dan ini bertentangan dengan semangat Malaysia dan
budaya Melayu yang sentiasa menghormati orang lain.
"Dalam negeri raja ketuanya dan di rumah ibu bapa, dan raja seperti
ibu bapalah di rumah. Apa-apa masalahnya, kalau dia ada masalah
berundinglah dengan baik," katanya kepada Bernama ketika ditemui
selepas merasmikan Projek Mini Hidro Lata Rek, 40 kilometer dari
sini.
Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas isu Pengerusi DAP
Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung
pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak oleh kerajaan
negeri baru-baru ini.
-- BERNAMA

Sunday, May 4, 2008

KEMATIAN TS NASIMUDDIN-INNALILLAH

Lebih 6,000 Ziarahi Jenazah Tan Sri Nasimuddin
-->

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Lebih 6,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat memenuhi Masjid Wilayah, Jalan Duta di sini untuk menziarahi jenazah Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat (AS) Khamis lepas.Jenazah pengasas dan pengerusi Kumpulan Naza itu yang diterbangkan dari LA tiba di masjid berkenaan pada 1.50 tengah hari diiringi kaum keluarga, saudara-mara dan sahabat handai.Jenazah kemudian diletakkan di dewan serbaguna masjid itu untuk membolehkan orang kenamaan, tokoh-tokoh korporat dan angggota masyarakat yang menunggu sejak pukul 12 tengah hari menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah antara yang hadir menziarahi jenazah Allahyarham.Turut hadir ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dan bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Jamaludin Jarjis.Tidak ketinggalan turut menziarah jenazah Allahyarham ialah pegawai dan pemain bola sepak pasukan Kuala Muda Naza.Sejurus selepas jenazah tiba, pelajar dari Madrasah Sheikh Mohamad Salahuddin Al-Amin dari Hulu Langat dan Madrasah Al-Rahmaniah dari Bukit Beruntung membacakan surah Yasin.Pada kira-kira 2.30 petang, jenazah Allahyarham dibawa ke dalam masjid untuk disolatkan.Jenazah Allahyarham kemudian dibawa dengan kenderaan jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 9, Kampung Melaka, Hulu Langat. Allahyarham dikebumikan di sebelah pusara ibunya, Salbiah Abdul Majid.Nasimuddin, 53, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Long Beach, LA setelah mendapatkan rawatan untuk kanser paru-paru di AS sejak Januari lepas.

sumber ; BERNAMA

Bahaya medan elektromagnet

Pendedahan medan elektromagnetik SM Mohamed Idris Wed Apr 30, 08 5:06:58 pm MYT Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memandang berat laporan
akhbar baru-baru ini yang merujuk kepada kajian yang dilakukan
oleh pensyarah Fakulti Perubatan UiTM, Profesor Madya Dr Adlina
Suleiman. Kajian itu mendapati lebih daripada 8% penduduk yang
ditemu bual di Taman Subang di Kelana Jaya didapati mengalami
kanser. Menurut Dr Adlina, kebanyakan kes muncul selepas menara
telekomunikasi didirikan di kawasan kediaman mereka 10 tahun
lalu.
Pada umumnya, sudah pun terdapat bukti global yang mencukupi
menunjukkan kemungkinan kesan berbahaya kepada manusia
terutama sekali kanak-kanak hasil daripada pendedahan kepada
medan elektromagnetik (EMF). Ini sudah cukup bagi penggubal
dasar supaya mengambil langkah mencegah untuk melindungi
kesihatan manusia.
Di beberapa negara, undang-undang mengawal kehadiran wayar
penghantaran sumber lain radiasi bukan ion di kawasan kediaman
dan kawasan lain yang mudah terjejas memandangkan kepada
keprihatinan terhadap kesihatan.
Pada Jun 2001, International Agency for Research on Cancer (IARC),
cawangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah
mengumumkan bahawa medan magnetik frekuensi rendah boleh
menyebabkan kanser dalam kalangan manusia, berdasarkan kaitan
yang didapati antara pendedahan EMF kediaman dan leukemia
kanak-kanak dan dua jenis kanser kalangan orang dewasa.
CAP menggesa Kementerian Kesihatan dan kementerian berkaitan
yang lain supaya bertindak tanpa sebarang penangguhan lagi untuk
menggubal undang-undang dan langkah lain bagi melindungi rakyat
Malaysia daripada pendedahan kepada radiasi elektromagnetik
daripada sumber seperti talian tenaga, sub-stesen, dan menara
telekomunikasi. Ini termasuklah memindahkan menara
telekomunikasi daripada kawasan yang terjejas dan tidak
meluluskan pembinaan kawasan kediaman atau tempat kerja
berdekatan talian penghantaran tenaga dan sumber lain EMF.
Daripada menunggu bagi semua bukti saintifik diperolehi, tindak
balas kerajaan perlu berdasarkan Prinsip Pencegahan yang antara
lain menyatakan bahawa "apabila terdapat aktiviti yang
menimbulkan bahaya kepada kesihatan manusia atau alam sekitar,
langkah pencegahan perlu diambil malah jika hubungan kesan dan
sebab tidak sepenuhnya wujud secara saintifik." - lanh
Penulis adalah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

PUNCA; HARAKAHDAILY