Sunday, May 4, 2008

Bahaya medan elektromagnet

Pendedahan medan elektromagnetik SM Mohamed Idris Wed Apr 30, 08 5:06:58 pm MYT Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memandang berat laporan
akhbar baru-baru ini yang merujuk kepada kajian yang dilakukan
oleh pensyarah Fakulti Perubatan UiTM, Profesor Madya Dr Adlina
Suleiman. Kajian itu mendapati lebih daripada 8% penduduk yang
ditemu bual di Taman Subang di Kelana Jaya didapati mengalami
kanser. Menurut Dr Adlina, kebanyakan kes muncul selepas menara
telekomunikasi didirikan di kawasan kediaman mereka 10 tahun
lalu.
Pada umumnya, sudah pun terdapat bukti global yang mencukupi
menunjukkan kemungkinan kesan berbahaya kepada manusia
terutama sekali kanak-kanak hasil daripada pendedahan kepada
medan elektromagnetik (EMF). Ini sudah cukup bagi penggubal
dasar supaya mengambil langkah mencegah untuk melindungi
kesihatan manusia.
Di beberapa negara, undang-undang mengawal kehadiran wayar
penghantaran sumber lain radiasi bukan ion di kawasan kediaman
dan kawasan lain yang mudah terjejas memandangkan kepada
keprihatinan terhadap kesihatan.
Pada Jun 2001, International Agency for Research on Cancer (IARC),
cawangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah
mengumumkan bahawa medan magnetik frekuensi rendah boleh
menyebabkan kanser dalam kalangan manusia, berdasarkan kaitan
yang didapati antara pendedahan EMF kediaman dan leukemia
kanak-kanak dan dua jenis kanser kalangan orang dewasa.
CAP menggesa Kementerian Kesihatan dan kementerian berkaitan
yang lain supaya bertindak tanpa sebarang penangguhan lagi untuk
menggubal undang-undang dan langkah lain bagi melindungi rakyat
Malaysia daripada pendedahan kepada radiasi elektromagnetik
daripada sumber seperti talian tenaga, sub-stesen, dan menara
telekomunikasi. Ini termasuklah memindahkan menara
telekomunikasi daripada kawasan yang terjejas dan tidak
meluluskan pembinaan kawasan kediaman atau tempat kerja
berdekatan talian penghantaran tenaga dan sumber lain EMF.
Daripada menunggu bagi semua bukti saintifik diperolehi, tindak
balas kerajaan perlu berdasarkan Prinsip Pencegahan yang antara
lain menyatakan bahawa "apabila terdapat aktiviti yang
menimbulkan bahaya kepada kesihatan manusia atau alam sekitar,
langkah pencegahan perlu diambil malah jika hubungan kesan dan
sebab tidak sepenuhnya wujud secara saintifik." - lanh
Penulis adalah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

PUNCA; HARAKAHDAILY

No comments: