Petugas PAS meninggal ketika mahu pasang bendera PAS Saidah Hairan Thu Feb 28, 08 3:16:47 pm MYT TANJONG KARANG, 28 Feb (Hrkh) - Bendahari PAS Cawangan Batu 9
Kampong Tengah, Sanusi Salleh, 50, meninggal dunia setelah terjatuh
daripada lori ketika mahu memasang papan tanda PAS, jam 2 pagi
semalam.
Allahyarham bertugas di Unit Peti Undi (UPU) Tempatan Ladang,
Tanjong Karang.
Allahyarham bekerja sebagai petani meninggalkan seorang balu,
Fatimah Hashim, 45, serta tujuh orang anak empat lelaki dan tiga
Perempuan berusia antara empat hingga 22 tahun.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan
anak-anaknya serta saudara terdekat.
Jenazah Allahyarham dibawa kerumahnya di Lorong Menanti 3, Batu 9
untuk disembahyangkan pada jam 9.30 pagi sebanyak dua kali
diimamkan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Haji Abd
Ghani Samsudin, yang juga Calon PAS N.08 Sungai Burong dan YDP
PAS Kawasan, Ustaz Haji Musa Mohamad.
Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
Tanjung Karang.
Allahyarham merupakan seorang petugas parti yang rajin dan komited
dalam mejalankan tugas. Komitmennya terhadap parti amat tinggi dan
merupakan orang yang terawal hadir dalam Mesyuarat atau aktiviti PAS
Cawangan.
Antara pimpinan PAS yang hadir memberikan penghormatan terakhir
ialah AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin, calon P.095 Tanjung
Karang; Naib YDP PAS Kawasan, Dr Mohd Yusof Abd Wahab;
Setiausaha PAS Kawasan, Haji Mohd Saad Ibrahim; Ketua-ketua Dewan
PAS Kawasan, Ustaz Khairullah Junid; Ustaz Mat Hasbullah Sudin dan
Ustazah Jamiyah Yusof serta pimpinan dan penyokong PAS seluruh
kawasan Tanjung Karang.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
Thursday, February 28, 2008
Wednesday, February 27, 2008
PENAFIAN
PENAFIAN
Sesungguhnya Wak Hamad dengan Ramli AbdulHalim adalah orang
yang berlainan. Sdr Ramli pangkat abg pada Wak. Wak kenal dia
semasa dia jadi Ketua Biro sebuah akhbar Harian di Kota Bharu.
Walaupun di profile Wak(ramai jugak hak gi pakat kelik profile Wak)
Wak menggunakan nama Muhammad Senik , Wak dengan ini juga
menafikan bahawa Hamad bin Senik yang sedang pegang bahu Datuk
Shaari calon BN Tanah Merah seperti tersiar di dalam akhbar Utusan
Malaysia 27 Februari muka surat 4 sebagai Wak yang sedang menulis
ini.
Sekiranya dengan abg Meli wak pernah berjumpa mata dengan Hamad
bin Senik ore Kg Chaber Tanah Merah itu Wak baru kelih gambar beliau
pada hari ini.
Ini bermakna Wak Hamad bukan Ramli bin Abdul Halim dan juga bukan
Hamad bin Senik yang gambarnya tersiar di Utusan Malaysia tersebut.
Sekian, terima kasih.

Subscribe to:
Posts (Atom)