Yang Dipertua DPMMNK meninggal dunia
KOTA BHARU 13 Mei - Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kelantan (DPMMNK), Nik Ab. Rahman Nik Taib meninggal dunia kerana pelbagai penyakit kronik di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini petang ini.
Nik Ab. Rahman, 50, yang meninggal dunia pada pukul 3.45 petang, dimasukkan ke hospital tersebut kira-kira pukul 3 pagi ini setelah mengadu sakit dada.
Allahyarham, seorang kontraktor yang menerajui DPMMNK sejak 10 tahun lalu, meninggalkan seorang balu, Zaiton Che Hussin, 50, dan tujuh anak iaitu dua lelaki dan lima perempuan.
Anak lelakinya, Nik Mohd. Nasrudeen, 23, berkata, semalam ayahnya berada di Kuala Lumpur bagi menguruskan beberapa perkara berkaitan perniagaan dan tiba di rumahnya di sini kira-kira pukul 9 malam.
"Ayah dengan beberapa orang rakannya telah memandu dari Kuala Lumpur dan sampai rumah kira-kira pukul 9 malam tadi dan semasa berehat dia mengadu sakit dada.
"Ayah yang menghidap penyakit jantung, diabetes dan komplikasi buah pinggang menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 3.45 petang di sisi kami semua," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Tok Kenali di sini.
TAKZIAH BUAT NIK LI PAK NIK YEK DAN DR HP ZAITON CHE HUSSIN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment