Friday, May 16, 2008

NIK AZIZ MMG PERLU JADI ORG TUA NEGARA

Nik Aziz Cadang Raja-raja Perjelas Hak Ketuanan Melayu




KOTA BAHARU, 16 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk

Nik Abdul Aziz Mat mencadangkan agar Raja-raja Melayu

menjelaskan isu hak ketuanan Melayu setelah ada pihak sudah

berani mempertikaikannya.

"Raja-raja Melayu perlu memperbetulkan apa-apa kesilapan yang

menyebabkan bangsa Melayu dipertikai sekarang," katanya ketika

berucap pada ceramah mingguannya di sini Jumaat.

Menurut Nik Aziz sekiranya sultan mendiamkan diri tanpa bertindak

dalam menyatakan hak Melayu di negara ini selagi itu ianya akan

dipermainkan oleh pihak lain yang cuba mengambil kesempatan

untuk sesuatu matlamat.

Kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh baru-baru ini

mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam isu pertukaran Pengarah

Jabatan Agama Islam Perak telah menimbulkan rasa kurang senang

dalam kalangan masyarakat Melayu yang menganggap ianya

mencabar kewibawaan orang Melayu.

Pada satu acara lain, Nik Aziz mencadangkan agar rakyat

menjadikan sarang burung walit sebagai makanan tambahan bagi

mengekalkan kesihatan diri kerana ia mempunyai khasiat yang

tinggi.

"Saya sendiri makan sarang burung hampir setiap pagi dan malam,"

katanya.

-- BERNAMA



Copyright © 2008 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten

No comments: