Kerajaan Pusat Wajar Bantu Kelantan, Kata Takiyuddin
KOTA BAHARU, 18 Mei (Bernama) -- Kelantan wajar diberi bantuan daripada aspek pelancongan dan pembangunan kerana Kelantan mampu menjadi penyumbang besar kepada industri pelancongan negara.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata Kelantan merupakan sebuah negeri yang unik dan menawarkan pelbagai produk pelancongan menarik.
"Justeru bantuan daripada kerajaan pusat dalam aspek pelancongan dan pembangunan Kelantan sangat dialukan kerana kalau Kelantan tidak maju, Malaysia turut akan menerima tempiasnya," katanya pada sidang akhbar di sini hari Ahad.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin sebelum ini supaya kerajaan pusat memberi bantuan sewajarnya kepada setiap negeri termasuk negeri yang bukan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).
Takiyuddin berkata sejak tahun 1990 Kelantan hanya menerima bantuan geran perkapita daripada kerajaan pusat yang merupakan peruntukan wajib di bawah Perlembagaan negara.
"Selain bantuan geran perkapita, Kelantan tidak pernah menerima peruntukan yang sama sebagaimana diperolehi negeri-negeri lain. Bantuan lain seperti lori sampah, program kitar semula, bantuan landskap dan seumpamanya tidak pernah diberi," katanya.
Selain itu katanya, bantuan untuk pembinaan rumah awam kos rendah (RAKR) untuk rakyat negeri ini juga tidak pernah diperolehi.
"Di Kelantan kita memerlukan 2,600 buah unit rumah setahun untuk membantu rakyat miskin," katanya.
-- BERNAMA
SEPATUT KERAJAAN ISLAM TOLONG KERAJAAN HAK MEMERINTAH CARA TIDAK ISLAM.
KERAJAAN ISLAM TAK SEPATUT JADI TOK PAKIR KEPADA KERAJAAN YANG LAWAN ISLAM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment