Friday, August 8, 2008

AL FATIHAH AYAHNDA SAUFI/TS SAUFI/TOK NGULU SAUFI KUCHELONG

HAJI SAUFI MENINGGAL HARI RABU 6 OGOS 2008

DARI Allah kita datang, kepadanya kita akan dikembalikan. Innalillahi-waiina-ilaihir-roojiun!
DALAM ketekunan menyiapkan manuskrip novel terbaru menjelang tengahari tadi, saya dikejutkan oleh berita mengejut daripada Cikgu Alias Mohd. Noor yang memaklumkan tentang kematian Haji Saufi atau lebih dikenali dengan PAKSU FI atau AYAH FI KUCHELONG (Haji Saufi Othman).
Sebelum diserang angin ahmar, beliau adalah merupakan seorang juruacara majlis yang sangat diminati. Sewaktu muda beliau adalah merupakan penceramah Pas yang berani dan lantang sebagaimana lantangnya Allahyarham Ustaz Bunyamin Yaakub dan Haji Mohamad Sabu.
Dalam keadaannya yang uzur dan dirasakan terpinggir dari aktivitis-aktiviti parti, beliau agak manja dengan saya, malah sewaktu saya masih bertugas dengan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, saya adalah orang yang sering diminta menaip surat-surat bagi urusannya dengan jabatan-jabatan tertentu.
Seingat saya, dialah satu-satunya orang yang menitiskan air mata bila beliau berjumpa dengan saya dan mahu pengesahan sama ada saya benar-benar telah dipecat dari Urusetia Penerangan. Dia segera memeluk saya dalam sedu sedan bila saya kata bukan saya dipecat tetapi kontrak saya tidak disambung dan saya tidak berkeci hati pun.
Saya tak ada sebarang diploma atau ijazah sedangkan Urusetia Penerangan sudah masuk era memerlukan para petugasnya berdiploma dan berijazah. Oleh kerana saya tidak ada diploma dan ijazah, maka saya tidak memenuhi syarat untuk terus bertugas.
Katanya Urusetia Penerangan tidak lagi berseri selepas saya tidak ada di sana. Saya tidak faham, malah tidak bertanya apa maksudnya. Beliau cukup seronok bila saya katakan saya ada permit majalah dan akhbar mingguan untuk wadah perjuangan dan sebagai punca rezeki.
Bila diadakan kenduri kendara di Masjid Kuchelong, beliau akan menelefon saya dan menegaskan walaupun sebelah kaki saya kena datang juga kalau tidak katanya 'ayahnda akan kecil hati pada budak awang, hati orang tua ni kena jaga walaupun orang tua ni bukan pencen tok wakil'
Dalam masa kebanyakan orang Pas memarahi dan mengutuk saya ketika blog saya ramliabdulhalimmelayu.blogspot.com tengah meletupkan sebelum dimusnahkan oleh penyangat siber, beliau menelofon saya supaya datang ke rumahnya di Bunut Payung.
Beliau banyak menceritakan tentang hal ehwal semasa Pas, malah meluahkan rasa jauh hatinya pada tokoh-tokoh tertentu. Beliau menangis bila saya kata pejuang yang jujur jarang mendapat tempat dalam perjuangan, apatah lagi menerima faedah dan laba hasil dari perjuangan.
Tangisan beliau semakin meninggi bila saya katakan bahawa biar pun saya dibenci dan dikutuk kerana tulisan-tulisan saya yang kalau dilihat selapis akan merugikan Pas saya tidak pernah berkercil hati, malah bagi saya ianya adalah satu cabang perjuangan.
Saya katakan padanya, dengan merujuk pada kitab Terjemahan Hadis Muslim Jilid I,II, III dan IV serta kitab Terjemahan Hadis Sahih Bukhari Jilid I,II,III dan IV di samping terjemahan al-Quran saya akan menegur apa sahaja yang saya rasa kurang betul tidak kira dalam Pas atau Kerajaan Membangun Bersama Islam mahu pun Umno dan Kerajaan Pusat.
Beliau kemudiannya memberitahu tujuan saya dipanggil ke rumahnya adalah bagi meminta jasa baik saya menyiapkan satu kerjakerja bagi pembinaan pusat pengajian pondok di Kuchelong. Macam mana pun oleh kerana agak sibuk dengan urusan perniagaan yang belum benar-benar stabil, kertaskerja berkenaan masih belum sempat disiapkan.
Segala dokumen untuk kertas kerja berkenaan ada dalam simpanan saya. Waris terdekatnya bolehlah datang mengambil dokumen-dokumen berkenaan di pejabat saya.
Pada kesempatan ini saya brterima kasih kepada Cikgu Alias Mohd. Noor kerana memaklumkan tentang kematian Ayah Fi dan juga Saudara Adzhar Ismail (Urusetia Penerangan) yang memberikan maklumat tambahan selepas saya jenuh menelefon bertanya beberapa pihak tenntangnya tetapi ramai yang tidak tahu.
Sebaik sahaja mnerima panggila dari Cikgu Alias, saya menelefon Saudara Mohd. Sayuti Omar yang merupakan antara individu yang akan ditanya khabar dan minta disampaikan salam bila Ayah Fi jumpa saya.
Saudara Mohd. Sayuti ternyata terkejut kerana beliau juga tidak tahu mengenainya.
Dari Saudara Mohd Adzhar saya mendapat maklum bahawa Ayah Fi menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 3.00 di rumah isterinya di Bunut Payong dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kampungnya di Kuchelong.
Semuga Allah mengumpulkan rohnya bersama roh para solehin. - Amin!
SUMBER :- melikapakjangak Sunday, August 3, 2008

1 comment:

Unknown said...

Terima kasih atas layanan baik pada arwah abah.