Gaji minimum...petugas HARAKAH masih dibawah paras kemiskinan?
Dilulus terbit pada Friday, June 13 @ 15:56:21 MYT oleh greenboc
Oleh abufikrah
"Saudara Pengarang,
Saya mendapat maklumat ini melalui ruangan komen saudara Roslan SMS. Semoga ada sesiapa yang dapat sahkan. Sekian. wasalam.
*****************
Saya setuju dengan apa yang saudara cadangkan...bagus benar apa yang diutarakan oleh para pimpinan Pakatan Rakyat.
Tapi benarkah? Apakah janji yang boleh diberikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat?
Sedarkah saudara, dalam kedudukan saudara sebagai Setiausaha akhbar Presiden PAS, berlaku ketidak adilan di kalangan petugas parti.
Maaf...agak perit untuk dinyatakan, tetapi jika benar...maka hadapilah ia.
Untuk makluman, tidak perlu pergi jauh...ambil contoh apa yang sedang berlaku pada organ parti Harakah. Ketika ini, semua petugas Harakah masih lagi berkhidmat dalam skim perkhidmatan yang wujud sejak 10 tahun yang lalu.
Walaupun baru-baru melalui konvensyen yang dianjurkan harakah telah dipersetujui untuk bentuk satu jawatankuasa agar disemak skim ini, tetapi khabarnya skim yang ingin merombak taraf hidup staf ini telah ditolak oleh Ahli Lembaga Pengarah mentah-mentah tanpa sebarang huraian lanjut.
Malah, janji untuk membentangkan proposal ini ke hadapan semua staf tidak pernah dibawa oleh jawatankuasa pelaksananya...alih-alih yang terdengar proposal telah siap dan dibawa ke jemaah pengarahnya. Mana keadilan?
Untuk makluman saudara Roslan dan semua pimpinan, ramai juga yang masih bergaji di bawah RM1,200...sebagimana yang dilaungkan oleh saudara kepada pemerintah BN untuk tuntut gaji minimum sepatutnya jaga dulu tepi kain sendiri dan betulkan dulu laman rumah sendiri.
Untuk makluman semua,begitu banyak kebajikan petugas Harakah ditindas antaranya tidak menerima tuntutan dan elaun yang sepatutnya serta setiap kali bila diutarakan segala masalah...seringkali pimpinan atas mengatakan,"kami akan melihat." Nampaknya pimpinan sudah terlalu lama melihat. Tapi tidak ada sebarang tindakan.
Selain itu, ramai di kalangan petugas di bilik berita sering menjadi bahan habuan kemarahan dan tuduhan di kalangan pimpinan jika berlaku kesilapan yang lumrah sebagai manusia. Manalah tak buat silap, jika tuntutan kerja lebih masa dibekukan dan hanya diberi elaun malam RM10 walau kerja seharian hatta sehingga melewati subuh keesokkan harinya.
Selain itu,jika bertugas pada hari sabtu dan ahad...para petugas hanya diberi elaun makan juga iaitu RM10 sahaja walau ada yang bertugas sehingga jauh malam. Tahukah pimpinan semua bahawa makan nasi bungkus sekarang campur air dah RM5/6...itu sekali makan kalau lumrah manusia makan 3X sehari mana nak cukup dengan RM10 yang diberi itu? Apatah lagi tiada sebarang claim kerja lebih masa yang boleh dibuat. Tahukah anda, ada di kalangan petugas yang datang dari jauh sejauh Melaka dan Seremban semata-mata untuk bertugas Sabtu dan Ahad. Tak berbaloi nampaknya.datang berpuluh atau ratus kilometer tetapi hanya diberikan RM10 sahaja.
Dan malangnya semua ini tidak pernah sampai atau buat-buat tak tahu oleh pimpinan. Apa yang boleh dibuat oleh pimpinan adalah marah dan kritik tanpa henti.
Tahukah anda semua,bahawa masih banyak komputer di bilik berita sudah mula dimakan zaman...ada yang berusia lebih 5 tahun...ketinggalan. Sehinggakan, bila muncul petugas baru, staf latihan atau trainee unit teknikal terpaksa gelabah mencari serpihan komputer lama dan cantum ceraikannya untuk menjadikannya sebagai unit yang sempurna.
INi belum lagi ditambah dengan komputer riba. Usah mimpilah untuk melihat wartawan harakah membuat liputan di mana-mana dan dapat menghantar berita dengan segera. Hanya beberapa kerat sahaja memilikinya dan janganlah bermimpi untuk mendapatkan sebagai aset menghadapi dakyah2 BN.
Jadi saudara Roslan dan pengunjung semua...bukan niat nak buka pekung di dada...tetapi ibarat bejana yang berisi air jika terus diisi, lambat laun ia akan pecah jua.
Cubalah ketuk pintu bilik berita dan ketahui benar atau tidak segala dakwaan di atas. Kepada pimpinan terutama Presiden dan Pengerusi Harakah serta Pengarah Urusannya, bukan hanya setakat urus keluar masuk duit sahaja menentukan jatuh bangun sesebuah syarikat tetapi jauh dari itu...jika staf tidak dilayan sebaliknya dianiaya...insya-Allah akan runtuh empayar yang dibina. Janganlah jadi seperti,"Ketam yang mengajar anaknya untuk berjalan betul",atau "mengata dulang paku serpih."
Semoga Allah beri kekuatan pada semua.
sekian.
Yang benar,
Staf lama dah 10 tahun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment