Thursday, February 28, 2008

Inalillah

Petugas PAS meninggal ketika mahu pasang bendera PAS Saidah Hairan Thu Feb 28, 08 3:16:47 pm MYT TANJONG KARANG, 28 Feb (Hrkh) - Bendahari PAS Cawangan Batu 9
Kampong Tengah, Sanusi Salleh, 50, meninggal dunia setelah terjatuh
daripada lori ketika mahu memasang papan tanda PAS, jam 2 pagi
semalam.

Allahyarham bertugas di Unit Peti Undi (UPU) Tempatan Ladang,
Tanjong Karang.
Allahyarham bekerja sebagai petani meninggalkan seorang balu,
Fatimah Hashim, 45, serta tujuh orang anak empat lelaki dan tiga
Perempuan berusia antara empat hingga 22 tahun.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan
anak-anaknya serta saudara terdekat.
Jenazah Allahyarham dibawa kerumahnya di Lorong Menanti 3, Batu 9
untuk disembahyangkan pada jam 9.30 pagi sebanyak dua kali
diimamkan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Haji Abd
Ghani Samsudin, yang juga Calon PAS N.08 Sungai Burong dan YDP
PAS Kawasan, Ustaz Haji Musa Mohamad.
Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
Tanjung Karang.
Allahyarham merupakan seorang petugas parti yang rajin dan komited
dalam mejalankan tugas. Komitmennya terhadap parti amat tinggi dan
merupakan orang yang terawal hadir dalam Mesyuarat atau aktiviti PAS
Cawangan.
Antara pimpinan PAS yang hadir memberikan penghormatan terakhir
ialah AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin, calon P.095 Tanjung
Karang; Naib YDP PAS Kawasan, Dr Mohd Yusof Abd Wahab;
Setiausaha PAS Kawasan, Haji Mohd Saad Ibrahim; Ketua-ketua Dewan
PAS Kawasan, Ustaz Khairullah Junid; Ustaz Mat Hasbullah Sudin dan
Ustazah Jamiyah Yusof serta pimpinan dan penyokong PAS seluruh
kawasan Tanjung Karang.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

No comments: