Sunday, February 15, 2009

dewan ulama sokong bn

ADALAH DIPERCAYAI DEWAN ULAMA PAS
SOKONG SERATUS PERATUS TINDAKAN
PADUKA SERI SULTAN PERAK
YANG BUANG MB PAS.

DEWAN ULAMA YG TIDAK MENGELUARKAN
APA-APA KENYATAAN ADALAH DIFAHAMKAN
BERSSETUJU DENGAN PENUBUHAN
KERAJAAN BARU DI PERAK.

Tuesday, December 9, 2008

PRK KT

BN BAKAL MENANG DENGAN KELEBIHAN LEBIH 1800 UNDI.
SIAPA PUN CALON PAS....
PAS TERENGGANU AKAN BUKTIKAN
MEREKA TETAP DEBEK.

Friday, August 8, 2008

AL FATIHAH AYAHNDA SAUFI/TS SAUFI/TOK NGULU SAUFI KUCHELONG

HAJI SAUFI MENINGGAL HARI RABU 6 OGOS 2008

DARI Allah kita datang, kepadanya kita akan dikembalikan. Innalillahi-waiina-ilaihir-roojiun!
DALAM ketekunan menyiapkan manuskrip novel terbaru menjelang tengahari tadi, saya dikejutkan oleh berita mengejut daripada Cikgu Alias Mohd. Noor yang memaklumkan tentang kematian Haji Saufi atau lebih dikenali dengan PAKSU FI atau AYAH FI KUCHELONG (Haji Saufi Othman).
Sebelum diserang angin ahmar, beliau adalah merupakan seorang juruacara majlis yang sangat diminati. Sewaktu muda beliau adalah merupakan penceramah Pas yang berani dan lantang sebagaimana lantangnya Allahyarham Ustaz Bunyamin Yaakub dan Haji Mohamad Sabu.
Dalam keadaannya yang uzur dan dirasakan terpinggir dari aktivitis-aktiviti parti, beliau agak manja dengan saya, malah sewaktu saya masih bertugas dengan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, saya adalah orang yang sering diminta menaip surat-surat bagi urusannya dengan jabatan-jabatan tertentu.
Seingat saya, dialah satu-satunya orang yang menitiskan air mata bila beliau berjumpa dengan saya dan mahu pengesahan sama ada saya benar-benar telah dipecat dari Urusetia Penerangan. Dia segera memeluk saya dalam sedu sedan bila saya kata bukan saya dipecat tetapi kontrak saya tidak disambung dan saya tidak berkeci hati pun.
Saya tak ada sebarang diploma atau ijazah sedangkan Urusetia Penerangan sudah masuk era memerlukan para petugasnya berdiploma dan berijazah. Oleh kerana saya tidak ada diploma dan ijazah, maka saya tidak memenuhi syarat untuk terus bertugas.
Katanya Urusetia Penerangan tidak lagi berseri selepas saya tidak ada di sana. Saya tidak faham, malah tidak bertanya apa maksudnya. Beliau cukup seronok bila saya katakan saya ada permit majalah dan akhbar mingguan untuk wadah perjuangan dan sebagai punca rezeki.
Bila diadakan kenduri kendara di Masjid Kuchelong, beliau akan menelefon saya dan menegaskan walaupun sebelah kaki saya kena datang juga kalau tidak katanya 'ayahnda akan kecil hati pada budak awang, hati orang tua ni kena jaga walaupun orang tua ni bukan pencen tok wakil'
Dalam masa kebanyakan orang Pas memarahi dan mengutuk saya ketika blog saya ramliabdulhalimmelayu.blogspot.com tengah meletupkan sebelum dimusnahkan oleh penyangat siber, beliau menelofon saya supaya datang ke rumahnya di Bunut Payung.
Beliau banyak menceritakan tentang hal ehwal semasa Pas, malah meluahkan rasa jauh hatinya pada tokoh-tokoh tertentu. Beliau menangis bila saya kata pejuang yang jujur jarang mendapat tempat dalam perjuangan, apatah lagi menerima faedah dan laba hasil dari perjuangan.
Tangisan beliau semakin meninggi bila saya katakan bahawa biar pun saya dibenci dan dikutuk kerana tulisan-tulisan saya yang kalau dilihat selapis akan merugikan Pas saya tidak pernah berkercil hati, malah bagi saya ianya adalah satu cabang perjuangan.
Saya katakan padanya, dengan merujuk pada kitab Terjemahan Hadis Muslim Jilid I,II, III dan IV serta kitab Terjemahan Hadis Sahih Bukhari Jilid I,II,III dan IV di samping terjemahan al-Quran saya akan menegur apa sahaja yang saya rasa kurang betul tidak kira dalam Pas atau Kerajaan Membangun Bersama Islam mahu pun Umno dan Kerajaan Pusat.
Beliau kemudiannya memberitahu tujuan saya dipanggil ke rumahnya adalah bagi meminta jasa baik saya menyiapkan satu kerjakerja bagi pembinaan pusat pengajian pondok di Kuchelong. Macam mana pun oleh kerana agak sibuk dengan urusan perniagaan yang belum benar-benar stabil, kertaskerja berkenaan masih belum sempat disiapkan.
Segala dokumen untuk kertas kerja berkenaan ada dalam simpanan saya. Waris terdekatnya bolehlah datang mengambil dokumen-dokumen berkenaan di pejabat saya.
Pada kesempatan ini saya brterima kasih kepada Cikgu Alias Mohd. Noor kerana memaklumkan tentang kematian Ayah Fi dan juga Saudara Adzhar Ismail (Urusetia Penerangan) yang memberikan maklumat tambahan selepas saya jenuh menelefon bertanya beberapa pihak tenntangnya tetapi ramai yang tidak tahu.
Sebaik sahaja mnerima panggila dari Cikgu Alias, saya menelefon Saudara Mohd. Sayuti Omar yang merupakan antara individu yang akan ditanya khabar dan minta disampaikan salam bila Ayah Fi jumpa saya.
Saudara Mohd. Sayuti ternyata terkejut kerana beliau juga tidak tahu mengenainya.
Dari Saudara Mohd Adzhar saya mendapat maklum bahawa Ayah Fi menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 3.00 di rumah isterinya di Bunut Payong dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kampungnya di Kuchelong.
Semuga Allah mengumpulkan rohnya bersama roh para solehin. - Amin!
SUMBER :- melikapakjangak Sunday, August 3, 2008

Saturday, July 26, 2008

mengenang buniyamin

Buniyamin meninggal sakit buah pinggang
KOTA BHARU 13 Feb. - Bekas ahli Parlimen Bachok, Buniyamin @ Yamin Yaakob meninggal dunia akibat sakit buah pinggang di Hospital Kota Bharu (HKB) di sini hari ini.

Buniyamin, 56, yang juga Pegawai Penerangan Pas Kelantan meninggal dunia pada pukul 6 pagi selepas dimasukkan ke wad 10 hospital tersebut sejak dua minggu lalu.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Jusoh ketika dihubungi berkata, Allahyarham sering ke hospital itu untuk mendapatkan rawatan sejak tahun lalu.

Menurut beliau, turut berada di sisi ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ialah isteri keduanya, Noor Hayati Ibrahim.

Katanya, jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Keting, Gunong, Bachok.

Allahyarham menjadi anggota Parlimen Bachok selama dua penggal iaitu pada tahun 1990 dan 1995.

Allahyarham meninggalkan dua balu iaitu isteri pertama, Sunduyah Omar Salleh, 52, dan Noor Hayati, 36, serta lapan orang anak.

Semasa hayatnya, Buniyamin pernah terbabit dalam kontroversi menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menonton video lucah bersama cucunya tahun lalu dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui di kediamannya menyifatkan pemergian Buniyamin sebagai satu kehilangan kepada perjuangan pergerakan Islam di negara ini.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang ikhlas dalam perjuangan, kuat membaca, bergerak atas ilmu dan tidak pernah `merintih' di atas segala kesusahan yang dihadapinya.

``Saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan isteri-isterinya,'' katanya.



Buniyamin Yaakub meninggal dunia


KOTA BHARU: Bekas Ahli Parlimen Bachok, Buniyamin Yaakub, 56, meninggal dunia di Hospital Kota Bharu (HKB) di sini pagi semalam, selepas beberapa tahun menghidap sakit buah pinggang.

Buniyamin, 56, yang juga Pegawai Penerangan Pas Kelantan meninggal dunia kira-kira jam 6 pagi, di sisi isteri keduanya, Norhayati Ibrahim, 36, selepas dimasukkan ke Wad 10 hospital berkenaan sejak dua minggu lalu.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Jusoh, berkata Allahyarham sering keluar masuk HKB bagi mendapatkan rawatan sejak kebelakangan ini.

"Kali terakhir Allahyarham dimasukkan ke HKB ialah kira-kira dua minggu lalu apabila keadaannya dilaporkan bertambah teruk," katanya ketika dihubungi semalam.

Allahyarham, yang menjadi Ahli Parlimen Bachok selama dua penggal pada 1990 dan 1995, pernah terbabit dalam kontroversi apabila menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menonton video lucah bersama cucunya.

Berikutan itu, Allahyarham didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 19 September lalu atas tuduhan memfitnah Dr Mahathir tetapi tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.

Bagaimanapun, perbicaraannya beberapa kali terpaksa ditangguhkan kerana uzur dan kes itu dijadualkan disambung semula 8 hingga 10 April ini.

Isteri pertama Allahyarham, Sunduyah Omar Salleh, 52, berada di rumah mereka di Kampung Keting, kerana sakit sejak hampir 15 tahun lalu.

Jenazah Allahyarham dibawa dari HKB ke kediaman Norhayati di Kampung Dusun Durian, Bukit Marak, dekat sini, jam 8.30 pagi semalam untuk disembahyangkan sebelum dikebumi di Kampung Keting pada jam 1 tengah hari.

Antara yang menziarahi jenazah ialah Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin parti itu.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz, menyifatkan pemergian Buniyamin sebagai kehilangan kepada Pas terutama di Kelantan, berikutan kegigihannya memperjuangkan dasar parti tanpa menghiraukan masalah peribadi yang dihadapi.

"Bagi pihak parti, saya ingin merakamkan takziah kepada kedua-dua balu dan ahli keluarga Allahyarham atas kehilangan ini.

"Allahyarham adalah pejuang tulen yang tidak pernah merungut mengenai masalahnya, termasuk kemiskinan atau keperitan yang dialami ketika ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dulu.

"Satu lagi perangainya ialah tak kira di mana berada, dia akan sentiasa menelefon saya untuk bertanyakan mengenai ayat tertentu (dalam al-Quran) untuk dijadikan rujukan... itulah kelebihannya yang jarang ada pada orang lain," katanya.Kematian Buniyamin suatu kehilangan besar - MB

Thursday, February 13 @ 16:21:50 MYT


BACHOK, 13 Feb (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kematian bekas anggota Parlimen Bachok, Haji Buniyamin Yaakub sebagai satu kehilangan besar kepada PAS.

Katanya, sukar untuk dicari ganti seorang pemimpin yang begitu ikhlas berjuang mendaulatkan Islam, biar pun terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan.
"Allahyarham pernah dua kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, namun selepas dibebaskan tetap bersama PAS.

"Beliau juga tidak pernah merayu sumbangan daripada parti biar pun berdepan dengan segala kesusahan. Sifat seperti ini adalah sesuatu yang begitu mahal dimiliki Allahyarham," katanya selepas mengimami solat jenazah Buniyamin di Masjid Beris Kubur Besar dekat sini, kira-kira jam 12.15 pagi tadi.

Ribuan pemimpin dan penyokong PAS serta penduduk tempatan hadir menziarahi jenazah Allahyarham.

Antara pemimpin PAS yang kelihatan turut hadir Timbalan Menteri Besar, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat dan Pemangku Ketua Dewan Pemuda, Haji Zulkefli Yaakub.

Solat buat kali pertama itu diadakan berhampiran kediaman isteri keduanya, Norhayati Ibrahim. Selepas itu, jenazahnya dibawa pula ke rumah isteri pertamanya, di Kampung Ketil, Gunung menggunakan kenderaan Jenazah Masjid Telipot.

Di rumah isteri pertamanya, sekali lagi jenazahnya disembahyangkan ribuan penduduk tempatan. Allahyarham meninggalkan dua balu dan tujuh anak hasil perkongsian hidup dengan isteri pertamanya.

Jenazahnya kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Kecil, selepas solat Zohor.

Menurut Norhayati, petang semalam Menteri Besar menziarahi Allahyarham dan sempat berbual panjang di hospital.

"Ketika itu, Allahyarham masih boleh bangkit dan berbual mesra dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Bagaimanapun awal pagi tadi, Allahyarham mulai sesak nafas dan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6 pagi," katanya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, keikhlasan Allahyarham berjuang tanpa mengharapkan balasan wang ringgit, adalah sesuatu yang sukar untuk dicari ganti.

Seorang penduduk berkata, selepas menerima berita kematian Buniyamin, Menteri Besar kelihatan sunggul dan sedih sehingga beliau tidak bersempatan menghadiri upacara korban lembu di kediamannya di Pulau Melaka, pagi tadi.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Haji Wan Ismail Wan Jusoh berkata, Allahyarham adalah seorang yang kental dalam perjuangan.

Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Haji Zulkefli Yaakub menyifatkan kematian Ustaz Buniyamin sukar dicari ganti terutamanya sebagai penceramah yang dikenali di seluruh negara.(NY,HM)



Ustaz Buniyamin meninggal dunia

Thursday, February 13 @ 10:28:19 MYT


KOTA BHARU, 13 Feb (Hrkh) - Penceramah PAS yang juga bekas anggota Parlimen Bachok, Haji Buniyamin Yaakub, 57 meninggal dunia di Hospital Kota Bharu selepas terlantar sakit sejak sekian lama.

Beliau menghembus nafas terakhir kira-kira jam 6 pagi tadi. Buniyamin sebelum ini disahkan menghidapi sakit buah pinggang agak kronik dan terpaksa menjalani dialisis tiga kali seminggu. Beliau juga menghidapi penyakit kencing manis.

Dilahirkan di sebuah kampung di Bachok pada 26 Mac 1946. Mendapat pendidikan peringkat tinggi di Universiti Cokro Aminoto, Jogjakarta dalam bidang sains politik.

Pernah berkhidmat dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) sebagai Pegawai Penerangan Luar, sebelum terbabit secara aktif dalam parti.

Penglibatan dalam PAS ketika usianya 22 tahun dengan nombor pendaftaran ahlinya 76507. Jawatan pertamanya dalam parti bermula sebagai anggota Jawatankuasa Pemuda Kawasan Bachok.

Selepas itu karier politiknya semakin menyerlah apabila dipilih sebagai anggota jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat. Pernah juga menyandang jawatan Setiausaha Lajnah Penerangan Perhubungan PAS Kelantan.

Pada 1982 pertama kali terbabit dalam pilihan raya apabila mencuba nasib bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Bandar Gua Musang. Bagaimanapun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN).

Pada 1990 sekali lagi bertanding dan memenangani kerusi Parlimen Bachok. Beliau memenangi kawasan itu dua penggal berturut-turut.

Sepanjang terbabit dalam karier politiknya pelbagai halangan dan ancaman diterima. Namun, ia tidak pernah melemahkan semangatnya. Pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pada tahun 1984 dibuang daerah dua tahun di Ipoh, Perak.

Bagaimanapun di saat-saat terakhir perjuangannya, beliau masih diseret ke mahkamah dalam keadaan kesihatan sudah uzur dan tidak bermaya.

Beliau dihadap ke Mahkamah Seksyen Kota Bharu berkaitan dakwaan dalam ceramah yang menyebut Dr Mahathir Mohamad menonton video lucah bersama cucunya.

Kes tersebut sudah beberapa kali dibicarakan di hadapan Hakim Azman Abdullah, namun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan menyebabkan kes tersebut ditangguh beberapa kali.

Buniyamin diwakili Karpal Singh dan anaknya. Kes terbabit masih dalam proses pembicaraan sehingga saat-saat akhir hayatnya.

Jenazahnya dibawa pulang ke kampung asalnya di Gunung, Bachok. Pemimpin-pemimpin PAS pelbagai peringkat termasuk Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menziarahi jenazahnya.

Pelbagai pihak menyifatkan pemergiaan Buniyamin buat selama-lamanya merupakan satu kehilangan besar dalam perjuangan mendaulatkan Islam di negara ini. (MJ)


MB lakukan ibadat korban 11 Zulhijah

Tuesday, February 11 @ 17:12:56 MYT


KOTA BHARU, 11 Feb (Hrkh) - Suasana sambutan Aidiladha di Kelantan mulai terasa sekarang apabila sebahagian besar sekolah sudah bercuti hari ini dan ibu bapa sedang sibuk membuat persiapan terakhir.

Orang ramai sibuk membuat persiapan untuk menyediakan peralatan bagi menjalani ibadat korban mulai esok sehingga 13 Zulhijah.
Bandar Kota Bharu mengalami kesesakan sejak 8 Febuari lalu. Malah keadaannya bertambah ketara mulai semalam, apabila beberapa jalan utama menerima limpahan kenderaan.

Jalan Mahmood, Jalan Sultan Ibrahim, Jalan Hamzah, Jalan Sultan Yahya, Jalan Kuala Krai, dan kawasan pusat bandar terutamanya berhampiran Pasar Besar Siti Khatijah kesesakan begitu ketara sekali.

Pagi tadi kelihatan banyak bas sewa khas dari luar Kelantan menurunkan penumpang yang pulang untuk berhari raya bersama keluarga.

Sambutan Hari Raya Haji di Kelantan ternyata lebih meriah, apabila kebanyakan ketua keluarga melakukan ibadat korban dan kemudian bergulai dengan menjemput jiran tetangga menikmati jamuan disediakan.

Masjid Telipot dekat Kota Bharu pula menyediakan tiga ekor unta untuk dikorbankan pagi esok. Penduduk tempatan mendaftar dengan Jawatankuasa Masjid Telipot untuk menyertai skim ibadat korban tersebut.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pula akan melakukan ibadat korban lembu pada hari Khamis di kediaman di Pulau Melaka. Esok beliau akan bersembahyang Hari Raya Aidiladha di masjidnya dan mengadakan rumah terbuka selepas itu.

Manakala Sultan Kelantan dijangka melakukan ibadat korban di Tambatan Diraja dan menunaikan solat AidilAdha di Masjid Muhammadi.

Pada 15 Febuari pula akan diadakan sambutan Penghayatan Korban di Dewan Majlis Daerah Tanah Merah yang dijangka bermula jam 9 pagi. Majlis itu akan turut dihadiri Menteri Besar dan anggota-anggota Exco serta pemimpin masyarakat.(MJ)

Sunday, June 22, 2008

PAS.....INILAH PAS

Gaji minimum...petugas HARAKAH masih dibawah paras kemiskinan?
Dilulus terbit pada Friday, June 13 @ 15:56:21 MYT oleh greenboc


Oleh abufikrah

"Saudara Pengarang,

Saya mendapat maklumat ini melalui ruangan komen saudara Roslan SMS. Semoga ada sesiapa yang dapat sahkan. Sekian. wasalam.



*****************

Saya setuju dengan apa yang saudara cadangkan...bagus benar apa yang diutarakan oleh para pimpinan Pakatan Rakyat.

Tapi benarkah? Apakah janji yang boleh diberikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat?

Sedarkah saudara, dalam kedudukan saudara sebagai Setiausaha akhbar Presiden PAS, berlaku ketidak adilan di kalangan petugas parti.

Maaf...agak perit untuk dinyatakan, tetapi jika benar...maka hadapilah ia.

Untuk makluman, tidak perlu pergi jauh...ambil contoh apa yang sedang berlaku pada organ parti Harakah. Ketika ini, semua petugas Harakah masih lagi berkhidmat dalam skim perkhidmatan yang wujud sejak 10 tahun yang lalu.

Walaupun baru-baru melalui konvensyen yang dianjurkan harakah telah dipersetujui untuk bentuk satu jawatankuasa agar disemak skim ini, tetapi khabarnya skim yang ingin merombak taraf hidup staf ini telah ditolak oleh Ahli Lembaga Pengarah mentah-mentah tanpa sebarang huraian lanjut.

Malah, janji untuk membentangkan proposal ini ke hadapan semua staf tidak pernah dibawa oleh jawatankuasa pelaksananya...alih-alih yang terdengar proposal telah siap dan dibawa ke jemaah pengarahnya. Mana keadilan?

Untuk makluman saudara Roslan dan semua pimpinan, ramai juga yang masih bergaji di bawah RM1,200...sebagimana yang dilaungkan oleh saudara kepada pemerintah BN untuk tuntut gaji minimum sepatutnya jaga dulu tepi kain sendiri dan betulkan dulu laman rumah sendiri.

Untuk makluman semua,begitu banyak kebajikan petugas Harakah ditindas antaranya tidak menerima tuntutan dan elaun yang sepatutnya serta setiap kali bila diutarakan segala masalah...seringkali pimpinan atas mengatakan,"kami akan melihat." Nampaknya pimpinan sudah terlalu lama melihat. Tapi tidak ada sebarang tindakan.

Selain itu, ramai di kalangan petugas di bilik berita sering menjadi bahan habuan kemarahan dan tuduhan di kalangan pimpinan jika berlaku kesilapan yang lumrah sebagai manusia. Manalah tak buat silap, jika tuntutan kerja lebih masa dibekukan dan hanya diberi elaun malam RM10 walau kerja seharian hatta sehingga melewati subuh keesokkan harinya.

Selain itu,jika bertugas pada hari sabtu dan ahad...para petugas hanya diberi elaun makan juga iaitu RM10 sahaja walau ada yang bertugas sehingga jauh malam. Tahukah pimpinan semua bahawa makan nasi bungkus sekarang campur air dah RM5/6...itu sekali makan kalau lumrah manusia makan 3X sehari mana nak cukup dengan RM10 yang diberi itu? Apatah lagi tiada sebarang claim kerja lebih masa yang boleh dibuat. Tahukah anda, ada di kalangan petugas yang datang dari jauh sejauh Melaka dan Seremban semata-mata untuk bertugas Sabtu dan Ahad. Tak berbaloi nampaknya.datang berpuluh atau ratus kilometer tetapi hanya diberikan RM10 sahaja.

Dan malangnya semua ini tidak pernah sampai atau buat-buat tak tahu oleh pimpinan. Apa yang boleh dibuat oleh pimpinan adalah marah dan kritik tanpa henti.

Tahukah anda semua,bahawa masih banyak komputer di bilik berita sudah mula dimakan zaman...ada yang berusia lebih 5 tahun...ketinggalan. Sehinggakan, bila muncul petugas baru, staf latihan atau trainee unit teknikal terpaksa gelabah mencari serpihan komputer lama dan cantum ceraikannya untuk menjadikannya sebagai unit yang sempurna.

INi belum lagi ditambah dengan komputer riba. Usah mimpilah untuk melihat wartawan harakah membuat liputan di mana-mana dan dapat menghantar berita dengan segera. Hanya beberapa kerat sahaja memilikinya dan janganlah bermimpi untuk mendapatkan sebagai aset menghadapi dakyah2 BN.

Jadi saudara Roslan dan pengunjung semua...bukan niat nak buka pekung di dada...tetapi ibarat bejana yang berisi air jika terus diisi, lambat laun ia akan pecah jua.

Cubalah ketuk pintu bilik berita dan ketahui benar atau tidak segala dakwaan di atas. Kepada pimpinan terutama Presiden dan Pengerusi Harakah serta Pengarah Urusannya, bukan hanya setakat urus keluar masuk duit sahaja menentukan jatuh bangun sesebuah syarikat tetapi jauh dari itu...jika staf tidak dilayan sebaliknya dianiaya...insya-Allah akan runtuh empayar yang dibina. Janganlah jadi seperti,"Ketam yang mengajar anaknya untuk berjalan betul",atau "mengata dulang paku serpih."

Semoga Allah beri kekuatan pada semua.

sekian.

Yang benar,
Staf lama dah 10 tahun.

Wednesday, May 28, 2008

selangor dan islam hadhari

KECELARUAN ISLAM HADHARI YANG BUKAN SAHAJA
TIDAK DIPAHAMI OLEH ORANG AWAM
TETAPI ULAMA UMNO SENDIRI TERMASUK SHIKH MUFTI.

PERGI JAHANAMLAH DENGAN IDEA BARU KONON
AKHIRNYA ISLAM JUGA DAPAT NAMA BURUK.

CELAKALAH MUFTI YANG JAHAT
HIDUP MUFTI YANG BERANI SPT MUFTI
PERLIS AKHIR-AKHIR INI.

EZAM MASUK UMNO

TAHNIAH EZAM

DARIPADA HIDUP BERCERMINKAN BANGKAI
LEBIH BAIK BERGELUMANG DENGA ULAT TAHI UMNO.

KALAU AHLI PAS YANG DITRABIAH PUN BOLEH LARI
INIKAN BEKAS AHLI PKR YANG ENTAH DI MANA
TARBIAHNYA...

SELAMAT JALAN EZAM....
TUHAN JUALAH YANG MEMBERIKAN
PENGHAKIMAN YANG HAKIKI

TAKZIAH MALAYSIA


KU RATAPI KEHILANGAN PULAU BATU PUTIH
LAMBANG KEALPAAN MANUSIA PADA SEJARAH
PADA ERTI KEMERDEKAAN
TIAPA APA YAN PERLU DITANGISI LAGI
MELAYU SUDAH LUPA ASAL USULNYA.Batu Puteh jadi putih mata - Mahfuz
Abdul Halim Mohd Rashid
Mon | May 26, 08 | 4:41:09 pm MYT
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar menyifatkan Pulau Batu Puteh kini sudah menjadi "pulau putih mata".

Ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Pokok Sena itu menolak dakwaan Menteri Luar Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim kononnya keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai pulau itu sebagai situasi win-win.

"Mana ada win-win?! Kononnya nelayan boleh pergi ke sana. Apa jaminan keselamatan nelayan-nelayan kita? Apa tindakan bila pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas nelayan kita?" beliau mempersoalkan sambil menegaskan isu perairan bukan isu nelayan tetapi isu wilayah negara ini.

Mahfuz juga menolak pandangan Menteri Luar kononnya Singapura tidak boleh menambak pasir sesuka hati dengan keputusan ICJ itu.

"Apa jaminan Singapura tak tambak?" soal beliau sambil mengingatkan bahawa Singapura tetap meneruskan kerja-kerja menambak pasir sesuka hatinya walaupun dibantah.

Dewan Rakyat sendiri pernah membincangkan usul untuk membantah tindakan Singapura itu sejak dari tahun 1999 lagi, katanya.

Walaupun beliau tidak mahu menyalahkan Umno atas apa yang berlaku itu, tetapi beliau tetap menyifatkan kehilangan Pulau Batu Puteh berpunca dari kelemahan kerajaan.

"Kelemahan kerajaan adalah kelemahan Umno," kata beliau sambil menekankan bahawa kerajaan diterajui oleh Umno.

"Tak ada persediaan yang baik, akhirnya kita malu," katanya lagi.

Mahfuz menuntut kerajaaan bertindak ke atas Peguam Negara "yang gagal menjadi penasihat yang baik kepada kerajaan".

Monday, May 19, 2008

Selamat Jalan Che Det


Kenyataan 'pedas' Mahathir sejak pilihan raya umum ke-12
19-05-2008 04:29:01 PM
22 Mac: Ahli-ahli parti tidak boleh percaya kepada satu individu sahaja dengan memberikan kuasa yang begitu besar sehinggakan seorang ahli yang menegur Presiden akan didakwa tidak menghormati ketua.

22 Mac: Mencadangkan supaya majlis penasihat presiden itu dianggotai profesional dan ahli UMNO berwibawa tetapi bukan yang dilantik oleh UMNO bahagian supaya dapat berfungsi secara bebas.

28 Mac: Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno sewajarnya dipertandingkan jika ada ahli parti yang mahukan perubahan."Ya, kalau ada perasaan ahli-ahli supaya ada perubahan. Kehendak ahli mesti dilayan.Kita tak boleh ketepikan kehendak ahli-ahli dan tidak memberi peluang kepada mereka dengan tidak mengadakan pemilihan dan sebagainya. Itu salah."

30 Mac: "Pada masa dulu, sistem kuota itu bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pemimpin parti yang benar-benar ingin bertanding dan untuk mendapat pencalonan dari 60 bahagian bagi bertanding jawatan presiden adalah mudah.

"Tahun 2004 menyaksikan ia disalahgunakan di mana bekas Naib Presiden Umno yang juga bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yang ingin bertanding untuk jawatan presiden Umno hanya mendapat satu pencalonan sahaja itupun dari bahagiannya sendiri."

30 Mac: "Tidak ada kebebasan di dalam UMNO sekarang dan sebab itu sistem kuota perlu dimansuhkan kerana mereka berpendapat melawan Presiden merupakan satu penghinaan.

"Semasa saya menjadi Presiden UMNO, Tengku Razaleigh mendapat pencalonan daripada 60 Bahagian UMNO dengan mudah dan mereka bebas untuk berkempen di seluruh negara untuk menghentam saya."

01 April: Sudah berubah fikiran dan tidak lagi berpendapat Datuk Seri Najib Razak adalah calon paling layak mengambil alih jawatan Perdana Menteri akan datang.

01 April: Umno perlu dipulihkan bagi mengembalikan keyakinan rakyat, terutama orang Melayu terhadap perjuangannya dan Abdullah, katanya, perlu faham mesej daripada rakyat yang mahukan beliau mengundur diri.

06 April: "Saya tidak ada niat hendak menjadi Presiden Umno, sekali lagi atau Perdana Menteri untuk kali kedua, tetapi sebagai anggota Umno dan sebagai rakyat Malaysia saya berhak bersuara."

06 April: "Saya akan berhenti, Saya akan berhenti (daripada bercakap). Secara jujur saya akan berhenti jika mereka akan berhenti melakukan apa yang salah yang telah menyebabkan Umno mempamerkan prestasi buruk pada pilihan raya umum baru-baru ini."

7 Mei: Meminta BN mengambil serius tentang kemungkinan pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan dalam masa terdekat. "Saya fikir ini ada kemungkinan (pertukaran kerajaan) yang tidak boleh kita abaikan."

15 Mei: Sudah bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan mengenai isu-isu semasa. "Najib sudah jumpa saya ... dia (Abdullah) tidak halang. Selepas saya tegur kata Abdullah tak bagi, dia pula kata tidak menghalang, lepas itu, baru saya jumpa dengan Najib."

17 Mei: Sedia disiasat dan didakwa di mahkamah berikutan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video Datuk V. K. Lingam. "Saya nak cerita berkenaan hakim yang melobi saya dan kalau melobi ini adalah satu perkara yang salah, maka hakim ini juga patut disiasat.”

17 Mei: Mengibaratkan UMNO sebagai magnet yang mampu menarik parti-parti komponen lain untuk memperkukuhkan BN."Berdasarkan pengamatan saya, UMNO yang lemah tidak mungkin dapat menubuh serta memimpin sebuah kerajaan yang berwibawa. Ini kerana UMNO merupakan sebuah parti yang menunjangi pemerintahan negara di bawah naungan BN."

Mutakhir

Dr. M keahlian 'O1' keluar Umno
19-05-2008 05:17:56 PM
(Dikemas kini) PETALING JAYA: Selepas melemparkan kecaman bertubi-tubi terhadap kepimpinan Umno sejak pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada Umno.

Beliau mengumumkan keputusan 'mengejutkan' itu ketika berucap pada majlis bertajuk Kedudukan Orang Melayu Pascapilihan Raya Umum Ke-12 di Alor Star, Kedah pada pukul 12.35 tengah hari tadi.

Dalam ucapannya, Dr. Mahathir yang mempunyai nombor keadlian '01' dalam Umno juga menyeru ahli akar umbi supaya keluar parti bagi memberikan tekanan kepada pucuk kepimpinan - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya berundur.

Dr. Mahathir yang juga ahli Umno seumur hidup memberitahu, beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

Ketika beliau mengumumkan keputusan itu, Abdullah menghadiri Kongres Dunia Mengenai Teknologi Maklumat (WCIT) Ke-16 di Kuala Lumpur.

Dr. Mahathir berkata, beliau akan berada di luar parti selagi Abdullah masih memimpin Umno dan hanya akan kembali jika Abdullah berundur.

Kata beliau, surat mengenai keputusannya akan dihantar kepada Ibu Pejabat Umno dalam waktu terdekat.

Dr. Mahathir merupakan bekas Perdana Menteri yang kedua mengumumkan keluar Umno. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah keluar parti apabila Tengku Razaleigh menubuhkan parti Semangat 46 ekoran krisis Umno 1987-88. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar juga pernah bertindak demikian.

Dr. Mahathir pernah dipecat pada 1969 selepas beliau menulis surat terbuka kepada Tunku Abdul Rahman mengkritik kepimpinannya ekoran pilihan raya umum tahun itu dan Peristiwa 13 Mei.

Beliau diterima semula ke dalam Umno pada 1972 ketika kepimpinan Tun Abdul Razak.

Keputusan itu dumumkan seminggu selepas Dr. Mahathir mengadakan pertemuan tertutup dengan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya.

Menurut laporan Bernama, Dr. Mahathir dengan wajah kecewa berkata, beliau terpaksa mengambil tindakan keluar Umno yang dianggotai sejak 1946 kerana berpendapat parti itu tidak lagi dapat berperanan sebagai sebuah parti politik sebenar untuk membela nasib Melayu, sepertimana hasrat sejarah penubuhannya.

Sambil menyatakan rasa tidak puas hatinya, bekas Perdana Menteri itu mendakwa Umno kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden Umno dan mengutamakan kepentingan keluarganya (Abdullah) sehingga membelakangkan negara.

"Saya boleh senaraikan perkara-perkara yang dia (Abdullah) lakukan sehingga merugikan negara kita.

"Umno yang wujud hari ini tidak lagi berpegang kepada hasrat parti yang ditubuhkan 62 tahun lepas. Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk keluar dari Umno," kata beliau.


Dalam pada itu, ketika dihubungi, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhamad Muhamad Taib berkata: "Ia (keputusan itu) adalah hak Dr. Mahathir. Setiap ahli ada hak untuk masuk dan keluar parti."

Ketika ditanya sama ada beliau terkejut dengan tindakan Dr. Mahathir, Muhammad berkata: "Ya, secara peribadi saya terkejut kerana beliau merupakan tokoh terulung parti dan seorang bekas Perdana Menterii."

Sama ada Umno akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu ini, Muhammad menjelaskan, "kita tunggu dulu perkembangan."

Majlis Tertinggi (MT) akan mengadakan mesyuarat dalam masa dua minggu ini.

Pemilihan pucuk kepimpinan dijadual pada Disember ini.

Dr. Mahathir yang menyertai Umno pada 1946 dipilih sebagai Presiden Umno pada tahun 1981.

Beliau berundur daripada kedudukan Perdana Menteri dan Presiden Umno pada Oktober 2003 selepas mengumumkan untuk berbuat demikian pada Perhimpunan Agung Umno 2002.

Sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu, beliau mengkritik kepimpinan parti atas persembahan tidak memuaskan Umno dan Barisan Nasional termasuk menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

Beberapa pihak pernah mengesyorkan supaya Dr. Mahathir dikenakan tindakan disiplin apabila terus-menerus mengkritik kepimpinan parti sejak awal tahun 2005.

Ku Li kekal Umno untuk cabar Pak Lah
Analisis: Terkejut lagi mengelirukan
Sanusi Junid ikut jejak Dr M keluar Umno.
Perjalanan politik Dr. Mahathir
Terkejut, tidak percaya, reaksi awal Dr M keluar Umno
Kenyataan Mahathir sejak pilihan raya umum ke-12


Sanusi Junid ikut jejak Dr M keluar Umno.
19-05-2008 04:06:02 PM
Oleh SA'ODAH ELIAS
PETALING JAYA: Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid turut mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno.

"Saya akan buat kenyataan lengkap saya sendiri nanti. Buat masa ini, cukuplah kalau saya katakan saya juga sudah keluar Umno," katanya kepada mStar.

Sanusi yang merupakan antara pengikut setia Dr Mahathir dan bekas setiausaha agung Umno ketika krisis parti 1988 enggan memberikan ulasan lanjut.

Sunday, May 18, 2008

AIR HUJAN NAIK KE LANGIT

Kerajaan Pusat Wajar Bantu Kelantan, Kata Takiyuddin




KOTA BAHARU, 18 Mei (Bernama) -- Kelantan wajar diberi bantuan daripada aspek pelancongan dan pembangunan kerana Kelantan mampu menjadi penyumbang besar kepada industri pelancongan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata Kelantan merupakan sebuah negeri yang unik dan menawarkan pelbagai produk pelancongan menarik.

"Justeru bantuan daripada kerajaan pusat dalam aspek pelancongan dan pembangunan Kelantan sangat dialukan kerana kalau Kelantan tidak maju, Malaysia turut akan menerima tempiasnya," katanya pada sidang akhbar di sini hari Ahad.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin sebelum ini supaya kerajaan pusat memberi bantuan sewajarnya kepada setiap negeri termasuk negeri yang bukan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Takiyuddin berkata sejak tahun 1990 Kelantan hanya menerima bantuan geran perkapita daripada kerajaan pusat yang merupakan peruntukan wajib di bawah Perlembagaan negara.

"Selain bantuan geran perkapita, Kelantan tidak pernah menerima peruntukan yang sama sebagaimana diperolehi negeri-negeri lain. Bantuan lain seperti lori sampah, program kitar semula, bantuan landskap dan seumpamanya tidak pernah diberi," katanya.

Selain itu katanya, bantuan untuk pembinaan rumah awam kos rendah (RAKR) untuk rakyat negeri ini juga tidak pernah diperolehi.

"Di Kelantan kita memerlukan 2,600 buah unit rumah setahun untuk membantu rakyat miskin," katanya.

-- BERNAMA

SEPATUT KERAJAAN ISLAM TOLONG KERAJAAN HAK MEMERINTAH CARA TIDAK ISLAM.
KERAJAAN ISLAM TAK SEPATUT JADI TOK PAKIR KEPADA KERAJAAN YANG LAWAN ISLAM.

NAK BERZINA SENANG, KAHWIN YANG SUSAH

Bernama.com
--------------------------------------------------------------------------------
Am 18 Mei, 2008 15:03 PM
Warga Emas Terpaksa Tangguh Hasrat Bernikah Kali Keempat




KUALA TERENGGANU, 18 Mei (Bernama) -- Hasrat seorang warga emas Mohamed Nor Awang, 57, untuk bernikah dengan bakal isteri keempatnya pada hari Jumaat ini terpaksa ditangguhkan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shaikh Ahmad Ismail tidak berpuas hati dengan afidavit tambahan yang dikemukakan olehnya, Ahad.

Hakim Syaikh Ahmad mengambil keputusan untuk menangguhkan keputusan perbicaraan kes permohonan poligami Mohamed Nor untuk bernikah kali keempat pada 5 Jun ini, bagi memberikannya peluang mengemukakan saksi untuk menyokong keterangan bahawa dia mempunyai kemampuan kewangan dan diri untuk berbuat demikian.

Sebelum itu, Mohamed Nor ketika membacakan afidavit tambahannya memberitahu mahkamah bahawa dia berkemampuan daripada segi kewangan untuk berkahwin seorang lagi walaupun dalam sebutan kes sebelum ini dia memberitahu mempunyai pendapatan sebanyak RM1,500 sebulan.

Ini kerana, katanya, dia yang bekerja sebagai pemandu lori turut mempunyai pendapatan lain sebanyak RM2,000 lagi hasil kerja sambilan mengambil upah mengangkut getah beku dan membaiki kenderaan menjadikan pendapatan yang diperoleh sebulan ialah sebanyak RM3,500 sebulan.

Malah, katanya, isteri pertamanya Wan Rukiah Mat Yusof, 52, turut mempunyai pendapatan hasil kebun kelapa sawit seluas 0.8 hektar, manakala isteri ketiga Noraini Daud, 40, mempunyai kebun getah seluas 2.4 hektar. "Saya juga telah menyediakan sebidang tanah, sebuah rumah dan sebuah motosikal dengan wang sebanyak RM700 untuk ketiga-tiga isteri saya bagi perbelanjaan dan kemudahan untuk mereka menghantar serta mengambil anak-anak dari sekolah," katanya.

Mohamed Nor berkata 10 daripada 18 anaknya masih bersekolah, iaitu hasil perkahwinan dengan ketiga-tiga isteri termasuk isteri keduanya Kalthom Dollah, 39.

Mahkamah Tinggi Syariah pada Khamis lepas, mengarahkan Mohamed Nor untuk mengemukakan afidavit tambahan bagi menyokong permohonannya berpoligami walaupun ketiga-tiga isterinya memberi kebenaran untuk berbuat demikian tanpa syarat.

Bagaimanpun Mohamed Nor gagal menjawab pertanyaan Hakim Shaikh Ahmad ketika ditanya mengenai kemampuan dan keperluan dirinya untuk berkahwin lagi.

"Mahkamah bukan payah nak beri kebenaran untuk berpoligami, tetapi biarlah ada asas yang kukuh. Kemampuan bukan daripada segi kewangan sahaja tetapi juga kemampuan diri.

"Encik Mohamed Nor cuba terangkan daripada segi keperluan diri mengapa hendak berkahwin lagi sedangkan dalam keterangan sebelum ini ketiga-tiga mereka masih sihat dan mampu melayan keperluan Encik Mohamed Nor. Malah mereka juga masih boleh melahirkan anak," katanya.

Beliau berkata poligami boleh menjadi haram apabila seseorang itu tidak yakin akan mampu berlaku adil kerana kemiskinan, kekurangan keupayaan diri serta prejudis terhadap isteri.

Mohamed Nor kemudian memberitahu mahkamah bahawa kerana yakin dapat berlaku adil maka dia ingin berkahwin lagi selain mampu untuk menyara keluarga dan boleh menyatukan isteri-isterinya.

"Kalau setakat ini Yang Arif saya betul-betul mampu untuk berpoligami, tetapi kalau nak cerita betul-betul saya tak pandai. Lagipun bakal isteri saya suka pada saya dan kami juga telah bertunang," katanya.

Hakim Syaikh Ahmad meminta Mohamed Nor membawa saksi untuk menyokong keterangan itu selain dokumen tentang pendapatan tambahan yang diperolehnya.

-- BERNAMA
NAK BUAT MAKSIAT SENANG...TAK DA SAPA NAK SIBUK DAN LARANG
NAK RAMAIKAN UMAT NABI MUHAMMAD SUSAH DAN BANYAK HALANGAN....
INILAH DUNIA AKHIR ZAMAN....
MENTALITI PEJABAT AGAMA....
YANG DIBENCI OLEH RAMAI ORANG ISLAM....
MOHON ZAHID HAMIDI DAN DR ASRI AMBIL PERHATIAN.....

Friday, May 16, 2008

NIK AZIZ MMG PERLU JADI ORG TUA NEGARA

Nik Aziz Cadang Raja-raja Perjelas Hak Ketuanan Melayu




KOTA BAHARU, 16 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk

Nik Abdul Aziz Mat mencadangkan agar Raja-raja Melayu

menjelaskan isu hak ketuanan Melayu setelah ada pihak sudah

berani mempertikaikannya.

"Raja-raja Melayu perlu memperbetulkan apa-apa kesilapan yang

menyebabkan bangsa Melayu dipertikai sekarang," katanya ketika

berucap pada ceramah mingguannya di sini Jumaat.

Menurut Nik Aziz sekiranya sultan mendiamkan diri tanpa bertindak

dalam menyatakan hak Melayu di negara ini selagi itu ianya akan

dipermainkan oleh pihak lain yang cuba mengambil kesempatan

untuk sesuatu matlamat.

Kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh baru-baru ini

mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam isu pertukaran Pengarah

Jabatan Agama Islam Perak telah menimbulkan rasa kurang senang

dalam kalangan masyarakat Melayu yang menganggap ianya

mencabar kewibawaan orang Melayu.

Pada satu acara lain, Nik Aziz mencadangkan agar rakyat

menjadikan sarang burung walit sebagai makanan tambahan bagi

mengekalkan kesihatan diri kerana ia mempunyai khasiat yang

tinggi.

"Saya sendiri makan sarang burung hampir setiap pagi dan malam,"

katanya.

-- BERNAMA



Copyright © 2008 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten

Thursday, May 15, 2008

BERITA YANG SEPATUTNYA KELUAR 2 BULAN LALU

5 MB Pakatan Rakyat ajak rakyat boikot akhbar Utusan
Salmiyah Harun Thu May 15, 08 3:45:01 pm MYT
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Majlis Menteri-menteri Besar lima buah negeri yang ditadbir di bawah Pakatan Rakyat, menyeru rakyat supaya memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia. -->-->
Salah seorang ahli majlis, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berpendapat akhbar itu bersikap keterlaluan dan tidak profesional serta tidak adil, kerana terus memburuk-burukkan serta memutar-belit berita tentang pentadbiran negeri dan juga gabungan Pakatan Rakyat.
Khalid juga menegaskan akhbar terbabit membesar-besarkan isu untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap pentabiran serta parti dan juga membakar api perkauman yang sempit.
Katanya, semua ahli majlis ini meminta semua jabatan dan institusi kerajaan di lima negeri di bawah pentadbiran Pakatan berhenti membeli akhbar tersebut dan juga berhenti memberikan iklan kepada mereka.
Justeru, ahli majlis ingin menyeru supaya semua pembaca Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia berhenti membeli akhbar tersebut serta-merta.
Sehubungan itu, katanya, para pemimpin parti-parti dalam Pakatan Rakyat kesal dan bimbang kerana kontroversi mengenai kuasa serta kedudukan
Raja-Raja dipolitikkan secara besar-besaran dan tidak bermaruah, terutama oleh media milik parti-parti dalam kerajaan BN Pusat dan sesetengah pemimpin Umno.
"Kami berpendirian tegas mendukung kedudukan Raja-Raja sebagai Raja ber-Perlembagaan, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, semua pihak harus menerima bahawa seseorang Menteri Besar mempunyai bidang kuasa untuk memindahkan mana-mana pegawai eksekutif di negerinya.
Namun, katanya, bagi jawatan yang berkaitan dengan Majlis Agama Negeri, Sultan sebagai Ketua Agama Negeri seharusnya dirujuk terlebih dahulu.
Justeru, Ahli Majlis Menteri-menteri Besar menegaskan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh adalah pandangan beliau dari perspektif undang-undang.
"Kami menerima penjelasan YB Karpal Singh bahawa beliau tidak bertujuan untuk menghina Sultan. Kami berharap semua pihak akan menerimanya juga dan berhenti segera dari menggembar-gemburkan isu ini sehingga boleh menimbulkan ketidakstabilan dan ketegangan kaum," kata Khalid. - mr --

BERBANDING DGN NST/BH UTUSAN AGAK KEBUDAK-BUDAKAN, TERLALU MELEBIHKAN HIBURAN DAN DUNIA ARTIS......MENTALITI UTUSAN MENGUNDUR KE BELAKANG KERANA DIPIMPIN OLEH MEREKA YANG TOHOR AQAL DAN JAHIL

PR PATUT MALU DGN ISTANA PERAK

Usul Pertahankan Kedaulatan Institusi Raja Dilulus Pada Persidangan Majlis Agama Islam Perak
-->
IPOH, 15 Mei (Bernama) -- Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) ke-161 di sini hari ini mengulangi ikrar penuh setia kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah selaku Sultan dan Raja Pemerintah yang sekaligus berperanan sebagai Ketua Agama Islam di negeri itu. Persidangan menetapkan pendirian untuk mempertahankan kedaulatan institusi Raja dan akan mengambil tanggungjawab mempertahankan kemuliaan Baginda Sultan dari sebarang bentuk yang merendah, mencemuh, mempertikai dan menghina institusi Raja oleh mana-mana pihak sekalipun, yang dilakukan sama ada secara perbuatan mahu pun pengucapan. Ia turut melahirkan rasa syukur kerana isu berkaitan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) Datuk Jamry Sury telah dapat ditangani secara arif lagi bijaksana dengan penuh sopan dan ketertiban, demikian menurut satu kenyataan berhubung persidangan itu yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.Berhubung isu itu, MAIAMP merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana kesediaan beliau menerima titah nasihat Sultan Perak secara positif dan menghormati adat serta mengutus warkah memohon maaf kepada baginda kerana kealpaan yang telah berlaku. Persidangan hari ini juga meluluskan usul menyokong pendirian Menteri Besar Perak yang tidak membenarkan dan tidak terpengaruh dengan suara mana-mana pihak luar yang tidak bersangkutan dengan urusan pentadbiran di negeri Perak. "Majlis yang bersidang turut merakamkan hasrat untuk melihat berlangsungnya hubungan kerja yang baik lagi harmoni antara Istana dan Kerajaan Negeri berlandaskan adat dan tradisi bangsa turun temurun, dalam semangat negeri beraja - rakyat bersultan; semoga akan terjalin hubungan kerja yang saling berunding dan bermuafakat demi kesejahteraan negeri dan rakyat terutamanya di kalangan rakyat yang beragama Islam dan berketurunan Melayu," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan oleh Pejabat Raja Muda Perak.Majlis yang bersidang mendokong teguh pendirian Raja Nazrin selaku Yang Dipertua MAIAMP untuk memastikan bahawa institusi agama Islam di Perak dilindungi kesucian daripada dicemari oleh sebarang bentuk kegiatan berunsur politik kepartian yang boleh memecah-belahkan ummah. -- BERNAMA

PEMIMPIN PR KHASNYA DRP PAS PATUT BELAJAR BANYAK LAGI CARA-CARA BERAKHLAK. PATUT MALU DGN ISTITUSI DIRAJA PERAK.

Wednesday, May 14, 2008

Sabda Rasulullah: “Bersegeralah melakukan amal –amal soleh sebelum datangnya fitnah-fitnah seperti sepotong malam yang gelap gelita. Pada pagi hari seorang masih beriman, tiba-tiba pada petang harinya ia telah menjadi kafir dan ada yang pada petangnya masiih beriman, tiba-tiba pada pagi harinya menjadi kafir, ia menjual agamanya dengan kekayaan dunia. (Riwayat Muslim) Semua orang rasa bangga dengan dosa, bila menyebut neraka tidak terasa akan gerunnya, bila menyebut syurga, tidak terasa akan nikmatnya, itu menunjukkan jiwa kita mati atau buta. Bila ingat tentang kematian ia dapat melupakan segala jenis kelazatan hidup, bahkan menyebabkan orang yang tertawa menjadi terdiam sebentar, yang sedang enak makan berhenti menyuap, malahan tenggorokannya terasa perit, yang manis terasa pahit untuk ditelan, terkenang adakah selepas ini akan dapat merasa makanan yang lainnya. Masing-masing tertunduk sepi.. Bila ingat tentang kematian, terasa masa sungguh sempit, apa yang dipegang, dinikmati, segala pakaian baru, dan harta di tangan yang ada rupanya akan ditinggal pergi. Tiada apa lagi yang dapat dibangga dan digahkan. Tiada lagi perkara hendak dikisahkan, entah-entah esok dengan kain apa dikapankan, siapa yang menyembahyangkan, di bumi mana akan ditinggal bersendirian…sempatkah menyebut kalimah toyyibah.. Bila ingat tentang kematian, teringat tentang dosa-dosa lalu, wahai… hutang piutang yang masih belum jelas, jasa kepada mak dan abah, ajaran yang belum sempat disampai pada adik2 yang lain. Teringat dengan tingkah laku yang ditunjuk2 selama ini menjadi ikutan, dosa tangan, zina mata, segala jenis kata-kata yang keluar dari lidah. Bila ingat tentang kematian, terasa mata sukar untuk dilelapkan, perlu kalam untuk menulis, sekurang-kurangnya pesanan terakhir. Meminta ampun dari setiap orang yang berkenaan, pada ibu dan ayah lagi, diminta halal segala peluh titik mengalir, ilmu yang diberi, susah payahnya, jerih tangisnya, makan dan minum yang diberi, kemarahan dan kesedihannya. Pada teman dan rakan, segala gurau-gurauan, umpatan dan cacian, segala rasa sakit di hati, dendam dan hasad dengki, buruknya sangkaan, usikan, janji dimungkir, kata dusta, takbur dan sombongnya… wahai, alangkah banyaknya dosa tindih menindih satu persatu yang akan disemak nanti.. Bila ingat tentang kematian, yang berdosa akan basahkah lidah untuk beristighfar? Lapangkah hati untuk memohon maaf ? Tergerakkah jiwa untuk berbuat kebaikan ? Masih panjangkah angan-angan untuk difikirkan? Lalu yang berdosa jarakmu dengan Tuhan sejauh mana? , sedang di tengah-tengah ada api neraka yang marak menyala.. Bila ingat tentang kematian, apalah nasibmu wahai diri? Dahulu disanjung orang, lidah ligat tidak pernah diam berkata itu dan ini, menjanjikan itu dan ini,. Anganmu selalu melangit tinggi, fikirmu esok dan akandatang membawa seribu erti yang ingin dipenuhi sedangkan engkau tidak tahu. Lalu taubat engkau tangguhkan lagi, dan jiwa dibiarkan kosong akibat terlalu sibuk menghias diri untuk mengejar dunia, takut dikata ‘ketinggalan’. Murka ALlah kian membayangi diri, tapi engkau tidak sedar lagi. Matamu tidak pernah pejam dalam perkara kemaksiatan, detik hati berkata ‘diri masih muda’, ‘esok masih ada’. Rupa-rupanya ALlah telah menjadikan engkau lupa akibat dosa yang engkau cari sendiri untuk dibalas dengan mati yang datang mengejut secara tiba-tiba.. Bila ingat mati, sedar jiwa di tangan Tuhan, hadirmu di alam tidak membawa apa-apa hanya sekadar hamba. Muka, tangan, telapak kaki, kulit, hati, rambut, kuku itu bukan engkau punya, tangan itu bukan milikmu, engkau memikul tanggungjawab dan amanah untuk menjaga ia dengan sebaiknya bukan mengkhianatinya. Bila ingat mati, nantilah, bila pipi tersembam di tanah, mata tertutup rapat, lidah tidak berguna menjerit meminta tolong, mungkin baru teringat perbuatanmu selalu kufur dengan nikmat Tuhan. Engkau mengaku menyintai Allah melebihi makhluk lain, sedang solatmu dalam keadaan lalai, sujudmu dalam keadaan lalai. Entah-entah matimu pun dalam keadaan lalai… Bila ingat mati, biarkan mata letih menangis kerana bertaubat, hati bergoncang takutkan Allah, alam ini bukan panjang lagi umurnya, apatah lagi dikira dengan nafas manusia yang kian ramai terdiam rupanya nyawanya sudah lama terbang direnggut pergi…. Sumber: http://jarumemas.blogspot.com/2007/10/mati.html